Dengarlah Nasihat Transparency International Oh !SPRM

Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) secara menyeluruh dan adil tanpa gentar atau pilih kasih.

Setiausaha agungnya Dr Loi Kheng Min berkata kerajaan perlu menyiasat aset individu yang terbabit dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

TI-M menyambut baik dan yakin dengan pembentukan pasukan petugas 30 anggota oleh SPRM bagi menyiasat dakwaan rasuah berkaitan kontroversi itu, katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Projek PKFZ diselubungi kontroversi ekoran kos pembangunannya yang meningkat daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Lembaga Pelabuhan Klang, yang memiliki projek berkenaan, membuat laporan polis selepas sebuah pasukan petugas menemui percanggahan bil membabitkan antara RM500 juta dan RM1 bilion oleh kontraktor projek berkenaan.

Sehubungan kes rasuah,terfikir juga jikalau kerajaan Kelantan surat layang pun SPRM boleh siasat,inikan pula laporan yang dibuat rakyat.

Kita bukan perkauman,seperti kata Tan Sri Nazri Aziz tetapi siasatan terpilih menyebabkan kita tertanya-tanya.Ingatkah kita kepada kes Osman Jailu dan Jamaludin.,semasa dalam PR,dakwa cepat,tetapi sesudah melompat,kes pun tak tahu di mana?

Jikalau nak tahu sejarah kotak tanya Ezam si kawan baik Kairy Jamaludin.Rakyat tertanya-tanya tidakkah SPRM mahu siasat projek Islam Hadhari?

No comments

Powered by Blogger.