Apabila saya berhujah di Hujah TV9
oleh Mujahid Yusoff Rawa
NOV 6 — Saya dihubungi seminggu sebelum ini oleh Penerbit Program Hujah TV9 yang menyatakan hasrat ingin menjemput saya dalam program yang dihoskan oleh Dr Agus Yusof, seorang ahli akademik dan penganalisis politik tanahir yangmala terkenal.
Saya teruja juga kerana sebelum ini saya mendengar rakan-rakan saya menyertai program ini sebagai panel dan membincangkan topik-topik hangat tentang politik tanah air. Gambaran saya ialah program Hujah TV9 sememangnya mahukan pandangan yang kontroversial supaya penonton dapat melihat kelainan dari program TV1 Debat ataupun forum Awani dari Astro.
Namun apabila saya mengetahui bahawa tajuk yang akan dibahaskan ialah tentang perbalahan dalam PAS, saya menelan air liur saya yang tidak dilihat oleh penerbit ini tanda terkejut dan tersentak. Saya dalam keadaan demikian mengatakan persetujuan walaupun dalam kepala saya sedang berligar apa yang harus aku cakap dalam topik ini?
Tajuk “Perbalahan dalam PAS” jika salah dihurai akan jadi masalah besar kerana melibatkan soal dalaman parti. Dalam kepala saya, bagaimana nak menghuraikan soalan-soalan panas hos yang memang pandai menimbulkan provokasi. Saya difahamkan seorang lagi ialah Hanipa Mydin, sahabat saya dalam Jawatankuasa PAS Pusat — seorang peguam yang berjaya dan vokal dalam pandangannya.
Kami tidak sempat berbincang apa yang nak dicakap tetapi kami bersetuju apa yang akan dijawab tidak akan menjejaskan nama baik parti malah akan memberi gambaran yang positif kepada parti. Tetapi bagaimana kami harus lakukan memandangkan suasana “panas” dalam PAS belum reda dengan isu yang telah menggegarkan parti!
Apakah kami akan membantu meredakan keadaan atau sebaliknya? Semua bermain di kepala sebagai persediaan awal minda denagan harapan kemunculan kami dapat memberi gambaran yang positif bukan sebaliknya.
Pada hari yang dinantikan, saya bertemu dengan hos Agus dan beliau nampaknya bersedia untuk menggoncang kami dengan soalan-soalan panas yang dia minta kami bersedia untuk menjawab. Tiada “lead question” yang diberi secara bertulis tetapi sebagai gambaran Agus memberitahu kami bahawa jadikan hujah nanti satu perdebatan antara kami dengan dia. Itulah yang akan menarik minat penonton katanya. Penerbit mencelah dengan menganggarkan bahawa malam ini katanya mungkin rating tinggi sebab promo kami tentang tajuk ini memang mendapat perhatian orang ramai.
Saya dan Hanipa berpandangan antara satu sama seolah sama-sama memahami bahawa malami ini kami memang tertekan antara nak muncul memberi gambaran yang positif dengan akan terperangkap dalam soalan-soalan hos. Tapi kami sempat berbisik dan bersetuju “bottom line, nothing to jeopardise the party!”
Sepuluh minit sebelum siaran langsung kami dah ada dalam studio, untuk dapat “feel” dulu setelah ditempek bedak, katanya tidak mahu dilihat muka berpeluh. Agus ini pulak berulang-ulang mengatakan, harus bersiap sedia dengan soalan panas! Setelah kamera rolling, kami dah bersedia dan soalan pertama setelah intro ialah “apakah dua Tok Guru dalam PAS dilihat sedang berbalahan?”
Saya menjawab dengan mengatakan perbalahan dalam mana-mana parti poltik adalah biasa, apa yang berlaku ialah perbezaan pandangan, kalau bukan dua Tok Guru pun perbezaan pandangan dalam parti tetap akan berlaku dan saya memberi contoh masalah yang dihadapi oeh kepimpinan sebelum ini sebagai lumrah organisasi.
Hos terus mengasak dengan bertanya apakah pandangan ini tentang mahu bersama Pakatan Rakyat atau dengan Kerajaan Perpaduan? Kami menjawab bahawa isu Kerajaan Perpaduan atau Pakatan Rakyat tidak timbul kerana keputusan Muktamar 2008 dan 2009 menegaskan PAS bersama Pakatan Rakyat, namun apabila Mursyidul menimbulkan isu ini, ia hanya beberapa kekeliruan yang berlaku.
Dalam soal PAS Selangor khususnya Dr Hasan Ali, Hanipa menjawab bahawa persoalan disiplin perlu melalui prosedur yang ketat dan telah diperuntukkan oleh Perlembagaan parti. Oleh itu, tidak timbul menghukum mana-mana inidividu. Hanipa respons kepada soalan Agus yang mengatakan tidak adil menghukum Hasan begitu sahaja. Saya menyampuk untuk melihat bahawa persoalan ini bukan tentang individu dengan mengatakan bahawa Lembaga Disiplin Parti melihat “across the board” permasalahan ini tanpa ada kepentingan individu atau negeri. Yang ada ialah siapa dan apakah elemen yang boleh menggugat kepentingan starageik parti buat masa ini dan siapa dan dari mana mereka terlibat berdasarkan kepada merit masalah.
Banyak lagi soalan yang tak perlu saya sebut satu persatu walaupun terus terang saya katakan program Hujah TV9 dengan tajuk yang diberi ada sedikit tekanan untuk saya sedangkan dalam tajuk lain saya sertai seperti Debat dan Hujah Awani, perasaan itu tidaklah membimbangkan.
Soalan pada slot-slot akhir agak lega sedikit kerana hos mula keluar dari tajuk khusus kepada pendekatan-pendekatan dan sikap yang PAS buat, khusus tentang bukan Islam dan masa depan Islam dan Melayu. Saya membuat respons dengan mngatakan bahawa usaha PAS untuk menggamit sokongan bukan Islam bukan baru. Malah sejak zaman Dr Zulkifli lagi usaha itu berjalan, dan era 80-an adanya CCC (Chinese Consultative Council) dalam kepimpinan Haji Yusof Rawa dan kini adanya KPP ( Kelab Penyokong PAS) dalam kepimpinaan Datuk Seri Hadi Awang. Saya menegaskan bahawa ini adalah reaching out program supaya mereka lebih memahami PAS dan Islam yang diperjuangkan.
Banyak dialog dan pertemuan melalui reaching out program ini menyedarkan kita bahawa bukan Islam berminat kepada perjuangan Islam yang menjaminkan keadilan untuk semua dan pembelaan semua kaum.
Adapun tentang Islam dan Melayu saya mengatakan pada persoalan “membunuh” hos sama ada saya bersetuju atau tidak bahawa PAS memilih Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP mana lebih baik jika bersama UMNO dan BN dalam melihat masalah Islam dan Melayu?
Saya tidak bersetuju bahawa dalam persoalan Islam dan Melayu mesti bersama Umno, persoalan Melayu dan Islam tidak menjadi isu kerana kedua-keduanya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diberi “constitutional standing”, bahkan saya menegaskan oleh kerana kedua-duanya adalah “raison d’etre” kepada kewujudan negara Malaysia, ia bukan menjadi permasalahan malah dengan siapa sahaja PAS bersama isu ini tetap menjadi agenda utama negara.
Tamat pukul 10 malam, selesai program dan kami bersalaman sambil Agus mengungkapkan, “Thank you that was very interesting discussion but the time is not enough?” Agus sendiri nampaknya tertekan kerana terlalu banyak soalan yang hendak diajukan tetapi masa agak terhad.
Setelah beredar dari bangunan TV3 One Utama, dalam hujan lebat SMS bertalu-talu memberikan komen pada setengah jam kemunculan kami di TV9, tak payahlah saya catitkan apa yang kawan-kawan komen yang penting saya mengharapkan kemunculan kami dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak “sweep under the carpet” masalah yang kami hadapi. Kami sedia bersemuka dengan masalah dan apa yang menarik ialah kesemua kami termasuklah ahli-ahli PAS yakin bahawa masalah dalam PAS akan memberikan peluang dan ruang untuk terus melonjak dalam perjalanan lekuk ketiganya yang kini sedang terbentuk.
Begitulah sedikit catatan apabila saya berhujah di Hujah TV9.

No comments
Post a Comment