BAI’AH CERAI ISTERI BERTENTANGAN DENGAN ISLAM?

Oleh: ZAIDI MUSTAPHA

KAEDAH Fiqh yang mendahului hak umat atau jemaah dari hak individu telah dipertegaskan oleh Imam Ghazali dan orang selainnya mengharuskan menyerang orang-orang Islam jika mereka dijadikan perisai oleh musuh dengan syarat-syarat tertentu, walaupun sudah merupakan satu ketetapan bahawa memelihara darah seorang muslim adalah wajib. Tidak dibenarkan menumpah darah orang Islam tanpa hak. Lalu, bagaimana Al-Ghazali mengharuskan memerangi orang-Orang Islam yang menjadi perisai musuh yang kafir?

Sesungguhnya Al-Ghazali dan orang yang sependapat dengannya berani mengharuskan yang demikian adalah untuk memelihara umat dari kebinasaan. Seorang individu boleh diganti, tetapi suatu umat tidak ada tukar ganti.

Syarak mengutamakan jemaah dari individu. Menjaga umat Islam lebih utama dari menjaga seorang muslim. Ini adalah maksud syarak yang sudah muktamad.

Al-Ghazali memberi dalil:

"Tentu kita tahu bahawa jika bertemu dua keburukan (mudarat) maka syarak menyuruh supaya menolak mudarat yang lebih besar".

Isu Bai'ah Talak isteri telah dipolitik dan ditafsirkan secara salah. Allah telah menjelaskan tentang perkara yang halal tetapi dibenci oleh Allah ialah talak. Hadis Abu Daud dan Ibnu Majah menyebut:

???? ?????? ??? ???? ??????

Ini bermakna talak bukanlah haram secara qati'. Akan tetapi mengkhianati jemaah Islam seumpama lari dari medan perang. Ia adalah dosa besar. Ianya akan memberi implikasi yang besar kepada ummah. Ummah lebih besar daripada keluarga. Ummah perlu didahulukan berbanding dengan keluarga. Tercerai itu hanya ikatan suami isteri yang tidak semestinya rosak segala institusi rumahtangga itu kecuali bagi mereka yang tidak beriman dan berpedomankan cara hidup Islam.

Jemaah mesti diberi keutamaan sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah melalui Riwayat Ahmad menyebut :

??? ????? -??? ???? ???? ????- : ((??????? ???? ??????? ????))

"Jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab"

Hadis Riwayat Abu Dawud juga menegaskan :

"…tetaplah dalam jemaah dan hindarilah perpecahan, maka sesungguhnya syaitan bersama yang bersendirian, dan jauh dari yang berduaan. Siapa yang ingin masuk syurga maka hendaklah ia tetap dalam jemaah".

Bia'ah talak isteri hanya untuk mereka yang memimpin (kalau tidak sanggup jangan jadi pemimpin) bagi mengelak mudarat yang lebih besar seperti lompat parti yang menyebabkan masalah besar kepada negeri dan jemaah Islam. Meninggalkan jemaah Islam menyebabkan syariat Islam tidak dapat ditegakkan.

Kegagalan menegakkan syariat Islam kerana belot seseorang pemimpin daripada jemaah Islam menyebabkan individu itu akan menanggung dosa rakyat seluruh negeri atau negara. Rakyat juga diletakkan dalam keadaan ketidaktentuandan rasa dikhianati. Ketika itu apalah nilai seorang pemimpin dan seorang isteri?

Kita boleh saksikan di negeri Perak, akibat pecah amanah 3 orang ADUN, seluruh negeri Perak diletakkan dalam keadaan ketidaktentuan. Pemimpin nyamuk seperti ini tidak boleh dibiarkan wujud dalam kepimpinan Islam. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

No comments

Powered by Blogger.