Persidangan Parlimen dilanjut dua hari lagi
KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 yang sepatutnya tamat 15 Disember ini dilanjutkan dua hari lagi memandangkan masih ada urusan yang belum selesai.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tambahan hari bersidang itu perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerja lain dapat diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat.
Wan Junaidi memaklumkan perlanjutan tempoh bersidang itu sebelum sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat ketiga penggal kedua itu adalah dari 19 Oktober hingga 15 Disember. - Bernama

No comments
Post a Comment