Hasan Ali tegur iman, AJK masjid pandang remeh peraturan Jais
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini menegur segelintir imam dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang memandang remeh keperluan mematuhi peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Beliau berkata, ada di antara imam dan AJK masjid yang menganggap peraturan Jais sebagai tidak betul kerana mendakwa ia adalah peraturan Umno atau peraturan kerajaan.
"Kenapa mesti menjadi musuh kepada peraturan-peraturan? Imam mesti membaca teks (khutbah) yang ada (disediakan)...Adakah kita mampu menulis khutbah lebih baik daripada itu?
"Kalau kita sudah menolak peraturan, (akan) lahirlah satu masyarakat anarki... masyarakat yang tidak hormat kepada peraturan akhirnya hancur," katanya ketika merasmikan Seminar Pemantapan Khutbah Negeri Selangor 2009 di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, sehingga kini masih timbul gejala pentadbir masjid mengizinkan orang luar tanpa tauliah membaca khutbah di masjid yang diselia mereka yang turut menyelitkan isu yang tidak berkaitan seperti kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Ada masalah yang lebih penting untuk diberi perhatian oleh imam dan jawatankuasa masjid seperti ahli qariah yang tidak sembahyang, suami-isteri yang bercakaran, anak-anak yang tidak terdidik dan suasana agama yang layu dan lesu di kampung masing-masing".
Mengenai tauliah pula, katanya, mereka yang ingin menyampaikan ceramah agama di negeri ini perlu mendapatkan tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 bagi memastikan ceramah yang disampaikan tidak menyimpang daripada ajaran agama Islam. - Bernama

1 comment
salam
YB Exco tu PR ke Exco UMNo tu
Post a Comment