Kalau mahu pupuk perpaduan di Malaysia, buat apa ajar bahasa Jepun di sekolah?
Nampaknya pemikiran para perancang dan pembuat polisi di Kementerian Pelajaran Malaysia seolah-olah masih lagi terperangkap di dalam era penjajahan Jepun (1941-1945).
Dilaporkan semalam di media massa bahawa Kementerian ini ingin menambahkan lagi sekolah-sekolah menengah dan asrama penuh yang mengajar Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Apa sudah jadi dengan 1Malaysia?
1. Apa pula dengan Bahasa Cina, Tamil dan yang lain-lain?
Apakah manfaat mengutamakan pengajaran bahasa Jepun padahal lebih mudah, malah jauh lagi penting dari segi integrasi antara kaum jika diketengahkan polisi untuk menggalakkan atau memberi peluang kepada pelajar sekolah menguasai Bahasa Cina atau Tamil (atau di Sabah dan Sarawak, bahasa Kadazandusun dan Iban)? Tidak masuk akal kalau bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa ketiga sedangkan negara-negara India dan Cinalah yang kini diramalkan akan menjadi kuasa dominan di dunia dari segi ekonomi. Tambahan, apakah budaya Cina dan India lagi asing kepada kita daripada budaya Jepun hinggakan bahasa Jepun seharusnya dijadikan bahasa ketiga? Siapa yang akan pelihara kekayaan budaya dan bahasa sahabat-sahabat senegara kita di pulau Borneo?
Ingin saya perjelaskan bahawa memang tidak salah mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa antarabangsa secara elektif/pilihan bersama dengan bahasa-bahasa utama yang lain seperti Sepanyol dan Peranchis. Ini baik dan patut digalakkan dan semua pelajar sekolah tidak kira dari sekolah bandar atau desa harus diberi peluang dalam hal ini sekiranya kerajaan mampu. Ianya akan membantu meluaskan 'worldview' anak-anak muda kita. Kepelbagaian bahasa sebagai saluran akses kepada budaya-budaya yang pelbagai membantu membasmi gejala fikiran sempit. Semangat kepelbagaian seperti ini wajar mewarnai dasar sistem pendidikan kita.
Kementerian Pelajaran mengakui bahawa "kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi". Kerajaan harus bertanya sama ada ia mampu membiayai kos mengupah pelatih dari luar negara pada masa sekarang terutamanya apabila ekonomi dan nilai matawang kita merosot dan defisit bajet negara semakin meluas.
2. Sambil menyelam, minumlah air
Hakikatnya adalah lagi praktikal dan murah bagi kita mengerah tenaga didik untuk mengajar Bahasa Cina atau Tamil kerana infrastruktur, modal insan ('human capital') dan kebolehan untuk melatih sudah wujud di negara kita. Sokongan Kementerian Pelajaran bagi polisi seperti ini juga boleh membantu menambahkan lagi peluang pekerjaan dan gaji guru-guru bahasa Cina atau Tamil di sektor awam.
Lagipun, polisi seperti ini akan membantu kerajaan mencapai matlamat-matlamat yang lain. Misalnya, dalam hasrat kerajaan mewujudkan sistem sekolah satu aliran, adalah bijak untuk mempertingkatkan lagi sumber didik Bahasa Cina dan Tamil agar ini dapat disalurkan ke sekolah-sekolah kebangsaan. Dengan itu, jurang insentif untuk ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis Tamil atau Cina dan ke sekolah-sekolah kebangsaan akan berkurangan. Seiring dengan ini, 'standard' atau kualiti pendidikan secara seluruhnya harus dipertingkatkan juga di sekolah-sekolah kebangsaan agar ianya 'on par' dengan sekolah-sekolah Tamil atau Cina.
http://paksako.blogspot.com/

No comments
Post a Comment