Katak Gomok P.Mas Kata Wang Ehsan Kena Bahagi Dua?

Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati manamana pihak.

"Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.

"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ibrahim berkata program pembasmian kemiskinan dan pembangunan prasarana itu boleh dilaksanakan menggunakan wang daripada tabung wang ihsan melalui kerajaan negeri dan dipantau oleh kerajaan persekutuan.

"Jadi adil...masing-masing ada peranan, kalau tidak ini tidak puas hati, itu tidak puas hati, semua politik, yang menderita akhirnya orang kampung," katanya yang berharap agar kerajaan mempercepatkan proses pemberian itu untuk kegunaan rakyat di Kelantan.

Mengenai hukuman sebat terhadap model Kartika Sari Dewi Shukarno yang masih tertangguh, Ibrahim mencadangkan agar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menyediakan garis panduan mengenai kaedah sebatan yang betul mengikut undangundang syariah bagi mengelakkan timbul pelbagai perdebatan mengenai kaedah sebatan itu.Ibrahim turut mencadangkan agar kerajaan melantik seorang Mufti Negara bagi mengendali dan menyelaraskan halhal berkaitan agama Islam.

"Setiap negeri ada mufti tetapi kenapa tiada mufti negara kerana banyak isu yang membabitkan soal Islam yang perlu ditangani dengan betul," katanya.

Beliau berkata Mufti Negara ini juga boleh menghadiri mesyuarat Majlis RajaRaja bagi memberi pandangan dan pendapat kepada RajaRaja Melayu yang merupakan ketua agama di negeri masing-masing.

Persidangan dewan disambung esok.BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.