Lim Kit Siang (DAP) Desak Ketua Pesuruhjaya SPRM Letak Jawatan Segera

Oleh MayLin

"Lim Kit Siang (DAP) gesa ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan letak jawatan ekoran dari merosotnya indeks persepsi rasuah Malaysia. Transparency International Malaysia(TI-M)memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam.




Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009.

Malaysia mencatatkan penurunan yang menjunam dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008.

Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Lim Kit Siang berkata di lobi parlimen bahawa perkara begini adalah amat memalukan negara Malaysia dan jelas menunjukkan ketidak berkesanan SPRM dalam menjalankan tugas membasmi rasuah.

Beliau juga kecewa dengan janji-janji Perdana Menteri untuk memerangi rasuah yang juga telah memaklumkan bahawa membasmi rasuah adalah salah satu dari enam KPI (Key Performance Index) yang merupakan tunjang utama di bawah pentadbirannya.

Beliau berkata di bawah pentadbiran Najib yang baru menjangkau 7 bulan telah menunjukkan kemerosotan yang teruk di dalam markah dan kedudukan negara dalam TI CPI

"Selama 15 tahun lepas, Malaysia hanya jatuh dua kali di bawah markah 5, iaitu 4.8 pada tahun 2000 dan 4.9 pada tahun 2002" ujarnya lagi.

Markah CPI dikira melalui skala 1 hingga 10, dengan skala 10 adalah yang terbaik dengan berkurangnya rasuah.
Tahun ini (2009) Malaysia adalah negara perasuah yang berkedudukan pada tangga 56 dari 180 negara dunia yang lain. Manakala pada tahun lepas, Malaysia adalah pada tangga yang ke 47 dengan markah CPI 5.1

Menurut Lim juga Pelan Integriti Nasional letah dilancarkan pada tahun 2004 dengan pelan 5 tahun untuk menurunkan kadar TI CPI di Malaysia dari tangga ke 37 pada tahun 2003 ke tangga yang lebih rendah sekurang-kurangnya tangga ke 30 pada tahun 2008.

"Tiada Siapa di dalam kerajaan yang berani untuk memaklumkan Pelan Integriti Nasional untuk tahun 2004-2008," ujarnya lagi.

No comments

Powered by Blogger.