Penahanan S.S Ustaz Asri -Kritikan Umum Di kata Mata Ketua Wanita Keadilan
Saya mendapat banyak panggilan dan sms yang bertanyakan soal penahanan Al-Fadhil mantan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ustaz Asri Zainul Abidin. Kebanyakannya tertanya-tanya asas penahanan beliau kira-kira jam 12 malam tadi selepas selesai memberikan kuliah umum di sebuah kediaman di Taman Ukay Heights. Walaubagaimanapun, waktu dan keadaan semasa tangkapan adalah dianggap mencurigakan kerana menurut seorang peguam, Thalia Rohaina Abdul Latiff menyatakan bahawa pada waktu itu Ustaz Dr. Asri sedang menikmati jamuan di rumah kenalannya di situ.
S.S Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin
S.S Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin
Penangkapan tersebut dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS ) atas dakwaan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah bagi memberikan kuliah dan ceramah keagamaan di negeri Selangor. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini undang-undang syariah yang dikuatkuasakan adalah berbeza bagi setiap negeri menurut budi bicara penguatkuasanya.
Pagi ini, pada jam 9 Ustaz Asri telahpun dihadapkan di Mahkamah Syariah Gombak Timur untuk menghadapi pendakwaan. Perkara ini dipandang sebagai satu langkah ke belakang yang diamalkan dalam sistem pentadbiran Islam. Ramai yang termanggu dan terkejut malahan marah dengan pendakwaan ini. Sedang umat Islam bergelut mendepani cabaran globalisasi yang menyaksikan anasir-anasir luar, kristianisasi terancang dan pelbagai kebejatan sosial yang melanda. yang ditangkap dan dibicarakan adalah seorang muallim dalam masyarakat yang dihormati. Apakah pihak berkuasa Islam di negara ini tidak dapat membezakan dan memberi keutamaan (Fiqh Awlawiyyat) mengenai isu ini? Adakah menahan seorang muslim yang giat berdakwah memperkembangkan dan memahamkan Islam yang syumul ini lebih utama untuk disekat, ditangkap dan didakwa berbanding dengan pesalah-pesalah lain yang jelas berleluasa melakukan jenayah sosial dan moral? Isu ceramah tanpa tauliah ini adalah amat melucukan untuk dijadikan sebagai hujah menghalang dakwah daripada disebar dan dikembangkan. Sementelah yang didakwa berceramah tanpa tauliah itu adalah seorang bekas Mufti Kerajaan sendiri! Aneh tapi benar. Apakah S.S Ustaz Dr Asri boleh dikatakan tidak layak untuk menjadi seorang dae’i yang menyebarkan paham Islam kepada umat?
Pelbagai andaian, tohmahan dan fitnah yang terlempar kepada beliau selama ini telahpun diperjelaskan. DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDINMalahan tuduhan terbaru daripada Persatuan Peguam Syarie dan Nakhae Ahmad yang menyatakan bahawa beliau mencerca golongan ulama seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ini juga dilihat sebagai cubaan untuk menghalang kemaraan tajdid Islami yang dibawanya setelah ditawarkan untuk memegang Jawatan sebagai Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ustaz Dr. Asri bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut dan mengeluarkan kenyataan serta cabaran bagi pihak yang mendakwanya untuk tampil memberi bukti bukan hanya melakukan fitnah. Jelas Ustaz Dr. Asri lagi, adalah merupakan fitnah besar yang dituduh keatasnya.
Untuk makluman, Nakhae Ahmad yang merupakan antara pihak bertanggungjawab menghantar memorandum kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong bagi menolak penawaran jawatan kepada Ustaz Dr. Asri adalah merupakan Pengarah YADIM kini. Manakala Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato Khusrin Munawi adalah merupakan Pengarah sama yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan Selangor di zaman pemerintahan BN dan Khir Toyo.
http://www.p99ampang.com/v2/?p=4487

2 comments
khusrin,hasan ali,dan nakhaei adalah beruk2 yang bertanggungjawab...
muka2 ni sewajibnya letak jawatan sebab cara mereka buat kerja cam jantan tak bertelor...
takde langsung sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas...
depa2 nila barua2 umno perosak kerajaan PR selangor..
masalahnya fahaman yang diperjuangkan itu byk pertentangan dengan ahli sunnah yang diperjuangkan oleh ulama2 zaman berzaman.
sekiranya tuan ingin makulamat lanjut boleh bertanya sendiri dengan ulama PAS Dr Abdul Aziz Hanafi yang pernah berdebat dengan beliau tentang fahaman wahabi ni. Dr aziz merupakan saudara kepada Ust Hashim Jasin pesuruhjaya PAS Perlis.
Dr Aziz sekarang dekan syariah KUIN, Kedah. Fahaman kaum muda ni sangat merbahaya kerana boleh pecah belah masyarakat. itu mungkin salah satu alasan kenapa beliau tidak mendapat tauliah di selangor.
sekadar pandangan.sekian.
Post a Comment