[Raja Petra] Biar saya jelaskan (Let me explain)
Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Biar saya jelaskan (Let me explain)
Kawan-kawan bukan Islam saya menyangka bahawa negara Islam hanya berkisar sekitar hukuman direjam dengan batu hingga mati dan pemotongan tangan. Ada pula yang menganggap bahawa itulah keseluruhan undang-undang Islam. Mereka mengaitkan kedua-dua “negara Islam” dan ‘undang-undang Islam” dengan hukuman direjam dengan batu hingga mati dan pemotongan tangan. Barangkali ramai orang yang salah faham berkenaan perkataan “Syariah”. Jadi, inilah kesempatan bagi Malaysia Today menerangkan kepada pembaca bukan Islam tentang maksud Syariah ataupun undang-undang Islam.....
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Syariah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'cara' ataupun 'laluan'. Dalam bahasa Arab, istilah ‘Šarīʿat Allāh’ (Undang-undang Tuhan) bukan hanya digunakan oleh orang Islam, tetapi juga orang Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, dunia barat sering merujuk kepada Syariah sebagai konsep Islam, iaitu Syariah sebagai hukum-hakam Islam.
Sebenarnya, Syariah merangkumi segala aspek kehidupan - politik, ekonomi, perbankan, perniagaan, kontrak, keluarga, seksual, kebersihan dan isu-isu sosial. Jadi, ia bukan hanya berkaitan dengan hukuman rejam dan potong tangan, yang mana kedua-dua hukuman ini termasuk dalam kategori Hudud. Hudud pula hanyalah satu cabang dari keseluruhan undang-undang Syariah. Justeru, Syariah bukan sekadar Hudud ataupun undang-undang jenayah.
Syariah bukanlah suatu kod undang-undang yang tunggal, tetapi terdiri dari empat sumber. Dua sumber utama Syariah adalah al-Quran dan Sunnah, manakala baki dua sumber adalah kesepakatan (ijmak) dan analogi (qiyas). Bagi sesetengah umat Islam, Syariah terdiri dari al-Quran dan Sunnah. Ada pula yang beranggapan bahawa Syariah juga merangkumi fikah klasik (pemahaman yang mendalam), yang mana fikah klasik berasal dari ijmak dan qiyas. Islam aliran utama (mainstream Islam) membezakan antara fikah, yakni kesimpulan yang dirumuskan oleh para ulama, dan Syariah, yang merujuk kepada prinsip-prinsip di sebalik fikah.
Muslim Syiah menolak pendekatan ini dan menganggap qiyas sebagai mirip kepada bidaah. Mereka juga menolak ijmak. Jadi, versi Syariah yang diamalkan oleh umat Islam Malaysia tidak semestinya diterima oleh umat Islam di negara-negara lain.
Fikah mulai berkembang semenjak zaman masyarakat Muslim awal. Pada masa itu, ahli fikah lebih menumpukan pada isu-isu pragmatik yang berkaitan dengan autoriti dan pengajaran, yakni berbanding dengan teori. Kemajuan dalam teori berlaku dengan kemunculan Muhammad bin Idris Asy-Syafi `i (767-820). Dia menetapkan prinsip-prinsip asas jurisprudens dalam bukunya, iaitu Al-Risala. Buku ini mengandungi perincian mengenai empat sumber utama hukum Islam (al-Quran, Sunnah, ijma dan qiyas), di samping menetapkan bahawa teks-teks utama dalam Islam (al-Quran dan hadis) perlu difahami menurut peraturan objektif pentafsiran, yakni yang berasal daripada kajian yang mendalam tentang bahasa Arab.
Semasa zaman klasik Islam (yang dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam, yakni antara abad ketujuh dan ke-13), sejumlah konsep dan institusi undang-undang yang penting dibangunkan oleh ahli fikah.
Menurut umat Islam, undang-undang Syariah adalah berdasarkan wahyu Allah, dan tindakan dan perkataan Nabi Muhammad, sebagaimana yang ditemukan dalam al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, semasa zaman Nabi Muhammad, Syariah tidak dimuktamadkan, malah terus berkembang dalam pelbagai lingkungan komuniti Muslim.
Kesedaran hidup bermasyarakat belum lagi wujud ketika Syariah mula diperkenalkan di Tanah Arab sejak 1,400 tahun yang lalu. Pada masa itu, kehidupan adalah berpaksikan nuansa nomad dan kesukuan. Jadi, persamaan keturunan adalah satu-satunya faktor yang mengelompokkan orang dalam pelbagai suku. Syariah berkembang dengan berpandukan gaya hidup suku-suku yang mula-mula menerima Islam.
Selepas kematian Nabi Muhammad, Syariah terus mengalami perubahan fundamental. Ia bermula semasa zaman pemerintahan Abu Bakar (632-34) dan Umar (634-44), di mana banyak permasalahan diajukan kepada sahabat-sahabat terdekat Nabi Muhammad. Seterusnya, mereka memutuskan hukum yang sesuai bagi permasalahan tersebut.
Pada 662, iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb, kehidupan nomad tidak lagi diamalkan, malah suasana bandar mengambil tempat. Ekoran itu, timbullah isu-isu baru yang hukumnya tidak dinyatakan secara jelas dalam Islam. Setiap perubahan dalam masyarakat Islam memainkan peranan yang aktif dalam mengembangkan Syariah, yang terdiri dari fikah dan kanun.
Sebelum abad ke-19, teori undang-undang dianggap sebagai arena mazhab tradisional. Mazhab-mazhab yang diikuti oleh sebahagian besar Muslim Sunni adalah Hanafi, Hambali, Maliki ataupun Syafi’i, sementara sebahagian besar daripada Muslim Syiah mengikuti mazhab Ja'fari.
Kesimpulannya, saya membantah hujah yang mengatakan bahawa Syariah sudah pun wujud pada zaman Nabi Muhammad. Saya yakin dengan pendirian saya bahawa Syariah berkembang selama ratusan tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Contohnya, jika Syariah adalah berasaskan empat sumber (al-Quran, Sunnah, ijma dan qiyas) bagaimana mungkin Syariah telah dikembangkan dengan sepenuhnya, sedangkan tiga dari empat sumber hanya mula dikenalpasti selepas kewafatan Nabi?
Rujukan:
http://www.akacademy.eu/
http://www.islamic-sharia.org/
http://huquq.com/
http://tabsir.net/?p=844
http://www.matribunal.com/
http://www.al-mawrid.org/
Bacaan lanjut:
1. Bakhtiar, Laleh and Kevin Reinhart (1996). Encyclopedia of Islamic Law: A Compendium of the Major Schools. Kazi Publications.
2. Brown, Daniel W. (1996). Rethinking traditions in modern Islamic thought. Cambridge University Press, UK.
3. Musa, A. Y. Hadith as Scripture: Discussions on The Authority Of Prophetic Traditions in Islam, New York: Palgrave, 2008.
4. Coulson, Noel James. A history of Islamic law (Islamic surveys). Oxford: University Press, 1964.
5. Liebesny, Majid &, and Herbert J. (Editors) Khadduri. Law in the Middle East: Volume I: Origin and Development of Islamic Law. Washington D.C.: The Middle East Institute, 1955.
6. ash-Shafi`i, Muhammad ibn Idris (1993), Risala: Treatise on the Foundations of Islamic Jurisprudence, Islamic Texts Society.
7. Weiss, Bernard G. (2002). Studies in Islamic Legal Theory. Boston: Brill Academic publishers.
8. Shahin, Omar (2007), The Muslim Family in Western Society: A Study in Islamic Law (English), Cloverdale Corporation.
9. Makdisi, John A. (June 1999), "The Islamic Origins of the Common Law", North Carolina Law Review.
10. Mumisa, Michael (2002) Islamic Law: Theory & Interpretation, Amana Publications.
Original Post: http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=28386:let-me-explain&catid=20:no-holds-barred&Itemid=100087
Translation Post: http://gomalaysian.blogspot.com/

No comments
Post a Comment