Royalti: Mustapa Mohamed, Awang Adek patut rasa malu
KOTA BHARU: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak untuk membayar wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dianggap benar-benar mengaibkan Dato’ Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Husain
Ini kerana Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dan timbalannya itu berkali-kali cuba menafikan hak royalti minyak kepada negeri ini.
Mereka sering kali berdalih kononnya telaga carigali yang dituntut kerajaan negeri berada di kawasan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.
Anggota Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu dituntut memohon maaf kepada 1.6 juta rakyat Kelantan kerana telah cuba berbohong sebelum ini.
“Mereka dianggap cuba menyembunyikan harta pusaka milik rakyat Kelantan dengan menafikan hak mendapatkan royalti minyak.
“Sekiranya masih mempunyai maruah mereka perlu meminta maaf di atas percubaan mereka untuk menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini.
“Nampak sangatlah mereka tidak membuat homework sebelum mengeluarkan kenyataan. Ini memperlihatkan mereka hanya memperjuangkan politik jangka pendek,” katanya.
Rabu lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan hasil pengeluaran minyak di perairan negeri itu.
Kenyataan tersebut dibuat Perdana Menteri setelah didesak bertalu-talu anggota parlimen dari Kelantan termasuk Salahuddinn Ayub, Dato’ Kamaruddin Jaffar dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Ahmad Rusli berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin Umno terbabit jelas bertentangan sama sekali dengan keadaan sebenar yang berlaku.
Beliau juga berkata, pertukaran wang ihsan daripada royalti kepada Kelantan hanya mengulang apa yang telah dilakukan terhadap Terenganu pada 1999.
Beliau juga berharap isu pembayaran royalti diselesaikan secara rundingan dengan kerajaan Kelantan bagi mencerminkan falsafah Perdana Menteri supaya rakyat benar-benar didahulukan.
Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah melahirkan rasa syukur kerana perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti akhirnya menjadi kenyataan sekarang.
Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berharap semangat 1Malaysia yang diperjuangkan Najib dijelmakan dalam isu royalti minyak kepada Kelantan

No comments
Post a Comment