Ir. Nizar berjaya perkukuh Pakatan Perak
OLEH ABDUL SHUKUR HARUN
Sesuatu yang sangat menggembirakan ialah rumusan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak baru-baru ini yang menggambarkan usaha bersungguh-sungguh PAS, PKR dan DAP memperteguh Pakatan Rakyat di negeri tersebut. Konvensyen itu juga membuktikan kesepaduan di kalangan tiga parti dalam PR, suatu contoh terbaik yang wajar dihargai dan diteladani.
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat yang kelihatannya sangat gembira diundang menyampaikan ucapan dan menyaksikan kesungguhan pendukung tiga parti itu untuk memperteguh Pakatan Rakyat.
Walaupun Pakatan Rakyat Perak dipaksa melepaskan kuasanya memerintah Perak oleh Umno/BN dalam petistiwa yang sangat memalukan, namun Pakatan Rakyat di sana tetap utuh. Kepimpinan Pakatan Perak yang diketuai oleh Ir. Nizar Jamaludin bukan saja menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan, tetapi juga menyerlahkan kesepaduan antara ketiga parti itu
Ir. Nizar diterima dan disokong penuh oleh semua kepimpinan dalam Pakatan Rakyat yang bermakna rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri itu menerima baik kepimpinan tokoh muda ini dan sekaligus membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin masa depan Pakatan Rakyat yang dapat diterima oleh semua kaum.
Konvensyen Pakatan Rakyat Perak pada 31 Oktober itu telah merumuskan resolusi berikut :
1. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN dalam PRU akan datang. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.
2. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.
3. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan Majlis Pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.
4. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi, seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.
5. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus juga kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.
6. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.
7. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.
8. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.
9. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah S.W.T sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.
10. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran di peringkat nasional dengan penggunaan 1 logo.
Sepuluh resolusi itu memperlihatkan kemantapan Pakatan Rakyat dan mempunyai kemampuan untuk meraih kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti dan juga menggambarkan kesediaannya menghadapi sebarang pilihan raya peringkat negeri
Kesepaduan Pakatan Rakyat Perak ini, antara lain, formulanya ialah para pemimpin tiga parti itu sentiasa mengadakan rundingan dalaman dalam apa yang dipanggil mengamalkan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.
Memang diakui ada timbul pelbagai masalah dalam Pakatan Rakyat Perak itu tetapi pemimpinnya telah memilih dan mengamalkan ‘collective decision’ iaitu diselesaikan melalui rundingan, tidak ‘terburai’ di media massa.
Sebab itu kita tidak melihat sebarang cross-fire atau pertelingkahan sesama sendiri terdedah di depan khalayak hingga melemaskan dan menimbulkan kebkmbangan yang amat sangat dari para penyokong PR. Mereka menjadi ahli politik yang bijaksana, terpimpin, malah tahu bagaimana ketika berdepan dengan media.
Tidak lama dulu ketika saya bertemu dengan Ir Nizar di Taiping semasa menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, beliau memberitahu saya bahawa beliau penuh yakin rakyat Perak akan menerima proses perubahan di suatu masa nanti daripada slogan ‘PAS For All’ kepada ‘Islam For All’. Baginya, ini dapat diterima oleh rakyat pelbagai kaum di Perak dengan syarat semua pendukung PAS berusaha bersungguh-sungguh menerangkan keadilan dan kesaksamaan Islam, menentang sebarang unsur perkauman sempit, menunjukkan sikap keterbukaan PAS.
Selain dari itu, katanya, pendukung PAS yang berjuang atas asas Islam, mestilah menunjukkan kesabaran, kebijakanaan, keikhlasan, kejujuran dalam perjuangan menegakkan keadilan. Ini akan mendorong pelbagai kaum menerima gagasan PAS dan seterusnya memperkukuh sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tempoh hari dengan kemenangan gemilang calon PAS Ir. Nizar mengalahkan calon Umno/BN memperlihatkan sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap Pakatan Rakyat.
Hingga kini Pakatan Rakyat telah mengatur banyak program untuk menambahkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan di Perak. Puluhan ribu orang pelbagai kaum menghadiri Majlis Hari Raya Ir. Nizar di Bukit Gantang dan juga majlis hari raya wakil rakyat Pakatan yang lain menunjukkan sokongan berterusan bukan saja kepada Ir. Nizar bahkan kepada Pakatan Rakyat.
Satu lagi usaha Pakatan Perak yang dipetegaskan lagi dalam konvensyen tersebut ialah menghapuskan fahaman perkauman sehingga ke akar umbi dan seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.
Usaha ini jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik tidak syak lagi sokongan padu akan terus diterima oleh Pakatan dari rakyat Perak pelbagai kaum yang dengan sendirinya menghantar isyarat bahawa masa depan Pakatan Rakyat Perak sangat cemerlang.
Sekali lagi ditegaskan, ini adalah hasil kepimpinan cemerlang Ir. Nizar dan teman-temannya di dalam Pakatan Rakyat.
shukurharun@yahoocom

No comments
Post a Comment