Tian ulangi desakan Shafie letak jawatan

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Sungguhpun berdepan tindakan saman RM10 juta, Ahli Parlimen Batu Tian Chua tetap mengulangi kenyataan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terlibat dalam penyelewengan pemberian projek elektrik di Sabah dan Sarawak.

Beliau telah pun menyerah butiran laporan penyalahgunaan kuasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 29 November yang lalu.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya mempunyai maklumat-maklumat yang menunjukkan penglibatan Datuk Seri Shafie dalam pemberian projek BELB (Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar)," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi bagi menjawab tuntutan saman 10 juta oleh salah seong yang terlibat dalam projek terbabit yang disebut dalam kenyataan Tian tempoh hari.

Katanya beliau telah menghantar laporan yang sama 20 November lalu kepada SPRM dan mendesak satu siasatan segera dijalankan.

"Bagi menunjukkan ketelusan, projek BELB yang dikeluarkan oleh Datuk Shafie haruslah dibekukan.

"Projek ini mestilah ditawarkan melalui tender terhad seperti yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan media Tian pada 19 Oktober lalu telah mendedahkan bahawa Shafie selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Naib Presiden Umno itu menggunakan kroni-kroninya sebagai broker untuk menganugerahkan projek BELB kepada para kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.

Kata Tian, Broker Menteri telah memberi jaminan bahawa kontraktor akan menerima surat niat dan surat tawaran dengan syarat-syarat komisyen sebanyak 15 hingga 20 peratus kepada mereka.

Beliau telah menamakan antara kroni yang terbabit ialah adik Menteri sendiri, Haji Yusuf Apdal, Effendi Hamdan (Ahli Umno Sandakan), Yussof Hamdan (Ahli Umno Sandakan) dan Freedy Sua (CEO-YBS Tenaga)

Ketika ditanya tentang surat peguam menuntut permohonan maaf dan saman 10 juta itu daripada beliau, Tian memberi reaksi bahawa beliau tidak berganjak dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

No comments

Powered by Blogger.