Wawasan 2020: Melangkaui palang yang direndahkan
Kerajaan Najib Razak sanggup merendahkan palang Wawasan 2020, agar Malaysia berjaya melangkauinya pada 10 tahun yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia mampu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada purata 5.4% setiap tahun dalam tempoh sedekad mulai sekarang, untuk mencapai Wawasan 2020 yang "diubahsuaikan" itu?
Untuk mencapai matlamat asal Wawasan 2020 yang digariskan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad (gambar kanan), Malaysia kini perlu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada paras 10.3% secara puratanya, dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Matlamat ini kelihatan mustahil untuk dicapai, biarpun dengan semangat "Malaysia Boleh" yang berkobar-kobar.
Maka, kerajaan berganjak langkah untuk merendahkan palang matlamat kadar pertumbuhan ekonominya kepada 5.4% setiap tahun, dengan pendapatan perkapitanya 30% lebih rendah daripada matlamat asal.
Matlamat asal Wawasan 2020
Semasa Wawasan 2020 diutarakan pada tahun 1990-an, pendapatan perkapita digariskan pada paras USD10,000 (atau RM26,000 pada ketika itu) menjelang tahun 2020. Maka, dalam tempoh 30 tahun antara tahun 1991 hingga 2020, Malaysia perlu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi pada 7% secara puratanya, untuk mencecah taraf negara maju berpendapatan tinggi.
Matlamat di atas berdasarkan nilai harga pada tahun 1990. Namun, seandainya dikira dengan nilai harga pada tahun 2000, maka pendapatan perkapita perlu mencecah USD21,834 (atau RM72,053) pada tahun 2020. Kadar pertumbuhan ekonomi juga perlu kekal pada paras 7% secara puratanya dari tahun 1991 hingga 2020.
Namun demikian, antara tahun 1991 dengan 2010, pertumbuhan ekonomi hanya berada pada paras 5.4% secara puratanya, setelah melalui krisis ekonomi Asia pada tahun 1997/98, kelembapan ekonomi global tahun 2002, dan krisis ekonomi global terbaru ini. Maka, prestasi kemuncak ekonomi Malaysia dengan kadar 9.1% pada tahun 1990-an diheret ke bawah, hingga ke paras purata 5.4% setiap tahun.
Seandainya matlamat pendapatan perkapita USD21,834, selaras dengan taraf negara maju ingin dicapai, maka Malaysia perlu mencatat kadar pertumbuhan pada 10.3% dalam tempoh 10 tahun ini, dari tahun 2011 hingga 2020. Pada dasarnya, matlamat ini terlalu tinggi untuk dicapai.
Palang direndahkan
Untuk membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, kerajaan telah mengurangkan angka pendapatan perkapita secara mendadak, hingga USD15,341 (RM50,627), semata-mata untuk memenuhi syarat minimum sebagai negara berpendapatan tinggi. Menurut definisi Bank Dunia, sesebuah negara hanya diiktiraf sebagai negara maju berpendapatan tinggi sekiranya mencapai pendapatan perkapita USD14,818 pada tahun 2020.
Perhitungan berdasarkan pendapatan perkapita USD15,341 menuntut kadar pertumbuhan ekonomi pada 5.4% secara purata setiap tahun. Matlamat ini jelas lebih realistik berbanding dengan 10.3%.
Namun, matlamat USD15,341 ini sekadar memenuhi syarat minimum negara berpendapatan tinggi, di samping 30% lebih rendah daripada yang dijangkakan (USD21,834) sebelum ini.
Seandainya dibandingkan dengan negara yang setaraf dengan Malaysia ketika tahun 1980-an, seperti Singapura dan Korea, Malaysia kini sudah jauh ketinggalan. Menurut anggaran EPU, Singapura dan Korea bakal mencatat pendapatan perkapita USD55,093 dan USD39,428 pada tahun 2020. Lebih-lebih lagi, negara maju seperti Amerika Syaraikat (USD78,704) dan Britain (USD84,239) telah jauh mendahului Malaysia.
RMK-9 gagal mencapai matlamat
Walau bagaimanapun, kerajaan menumpukan fokus dan menaruh harapan kepada Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) untuk menjayakan matlamat kadar pertumbuhan 5.4% ini.
Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop (gambar kiri) yang bertanggungjawab untuk EPU mengaku dalam sidang media semalam, selepas taklimat khas mengenai RMK-10, bahawa RMK-10 sebagai kayu ukur menentukan kejayaan atau kegagalan Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.
Namun, RMK-10 berdepan dengan kesukaran sebermulanya, berikutan kegagalan RMK-9 (tahun 2006-2010) mencapai matlamatnya. Menurut maklumat EPU, kadar pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan RMK-9 adalah 6% secara puratanya. Walaupun Malaysia mencatat kadar pertumbuhan ekonomi 5.6% antara tahun 2006 hingga 2008, namun krisis ekonomi global telah mengakibatkan penyusutan 0.3% dari tahun 2009 hingga 2010.
Akhirnya, RMK-9 hanya mencatat kadar pertumbuhan ekonomi pada paras 3.2%, 53.3% lebih rendah daripada matlamatnya.
Krisis ekonomi global ini menyebabkan kesemua sektor gagal mencapai matlamat di bawah RMK-9. Antaranya, penjana pertumbuhan ekonomi, sektor pembuatan dijangka menyusut 5.4%, mengakibatkan tahun 2006-2010 mencatat purata -0.1% keseluruhannya, jauh daripada matlamat asal RMK-9, iaitu 4.1%. Selain daripada itu, sektor perkhidmatan hanya mencatat purata 6%, lebih rendah daripada jangkaan 8.2% sebelumnya.
Pelaburan swasta sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi merosot secara mendadak, iaitu -9.1%, mencatat purata -0.4% antara tahun 2006-2010, jelas jauh daripada ramalan 9.8%. Malah, pertumbuhan ekspot juga dijangka mengalami kemerosotan 6.5%, mengakibatkan catatan -0.3% secara purata antara 2006-2010, lebih rendah daripada anggaran RMK-9 yang mencatat 4.8%.
Cabaran yang dihadapi RMK-10
Menurut anggaran EPU, seandainya Malaysia mahu mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi pada purata 5.4% dalam jangka 10 tahun yang akan datang, maka RMK-10 perlu mencatat kadar pertumbuhan ekonomi 5.5% setiap tahun. Dengan kata lain, pertumbuhan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian perlu melebihi paras 6.2%, 5.6% dan 3.4% masing-masing setiap tahun, malah pelaburan swasta dan pertumbuhan eksport perlu mencatat 10.5% dan 6.9% ke atas.
Seandainya dilihat kepada prestasi sektor ini di bawah RMK-9, palang yang diletakkan RMK-10 pada paras 5.5% merupakan cabaran yang amat besar. Misalnya, sektor pembuatan mencatat pertumbuhan purata -0.1% setiap tahun di bawah RMK-9, namun perlu melebihi 5.6% di bawah RMK-10, semestinya bukan misi yang mudah.
Malah, pelaburan swasta dalam sektor pembuatan telah menyusut 0.4% secara purata di bawah RMK-9, kini perlu mencecah 10.5% setiap tahun. Menurut Nor Mohamed Yakcop, ini bermakna pihak swasta perlu melabur RM90 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang, menyumbang 9.5% kepada GDP.
Segala-galanya bukan mudah untuk dicapai. Begitu juga diakui oleh Nor Mohamed Yakcop sendiri, dan tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil langkah yang extraordinary pada masa tertentu, untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

No comments
Post a Comment