Selangor Peruntuk RM6 Juta Untuk Sekolah Agama Rakyat

SHAH ALAM, 14 November - Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi pembangunan sekolah agama rakyat bagi memperkasakan pentadbiran sekolah itu di Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sekolah agama adalah penting bagi mencorak sahsiah dan mendidik spiritual anak-anak sejak kecil.

“Apa ertinya akhirat, untuk mei ini sesuai mengenal Allah, rasul, dan nilai hidup di dunia, akhirat, saya harap itulah yang diberikan kefahaman yang sebenar-benarnya diberi oleh sekolah seperti ini sesuai dengan sekolah agama,” katanya.

Dr Halimah berkata demikian semasa ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA Bandar Armada Putra, Pulau Indah pagi tadi.

Sekolah Agama Rakyat yang mula di buka pada April tahun lalu mempunyai bilangan murid seramai 170 orang dari darjah satu hingga lima dengan enam guru bertauliah.

Kata Dr Halimah, program kecemerlangan seperti ini perlu terus dilakukan dari masa ke semasa bagi mengeratkan hubungan ibu bapa dan guru serta menghargai pelajar.

“Program seperti ini perlu diteruskan, diperhebatkan, diperbanyakkan supaya penglibatan di antara ibu bapa, anak-anak, guru disamping dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dan beri impak yang begitu besarm kanak-kanak ini dikeluarkan sebagai produk yang baik dari KAFA,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada TvSelangor selepas majlis perasmian, Dr Halimah berpendapat isu Bai’ah semakinpanas diperkatakan sekarang hanyalah isu kecil yang disensasikan sesetengah pihak.

Menurut Dr. Halimah, Bai’ah ini adalah sebagai amaran kepada calon untuk tidak sewenang-wenangnya memilih haluan untuk kepentingan diri dan ia untuk menunjukkan pemimpin yang berkredibiliti.

“Ini adalah salah satu amaran kepada pemimpin ini, jangan nak seronok menjadi calon pemimpin, bila dah jadi wakil rakyat, suka hati nak pilih haluan dan kepentingan sendiri yang lebih menarik. Ini yang kita nak elakkan,” katanya.

Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata, jika dilihat dari sudut positif, kandungan surat perjanjian Bai’ah itu menjamin masa depan PAS kerana setakat ini tiada mana-mana ahli PAS yang melompat parti.

“Ia tak timbul isu untuk mengapa-apakan nasib kaum isteri dan wanita, Tapi secara jelas tengok selama ini, tak ada langsung pemimpin Pas yang melompat parti. Ini menunjukkan calon yang Pas letak ialah calon yang benar-benar faham dengan perjuangan dia,” katanya.-HADRI YAZIZ

No comments

Powered by Blogger.