1Malaysia Akan Ditipu Oleh Ismail Sabri

Mekanisme subsidi minyak sebelum Mei

PUTRAJAYA: Mekanisme berhubung pemberian subsidi petrol kepada golongan sasar yang benar-benar layak menerimanya dijangka diumumkan sebelum 1 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan kementerian mendapat maklum balas daripada orang ramai dan mengenal pasti sekiranya ada sebarang kelemahan dalam mekanisme itu.

"Setakat ini, kementerian masih lagi berbincang dan menjalankan kajian terperinci mengenainya termasuk kemungkinan berlaku sebarang penyalahgunaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme baru itu pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Ismail Sabri berkata, antara mekanisme yang sedang dibincangkan ialah mengehadkan jumlah pembelian petrol kepada setiap pengguna yang layak dan pemberian subsidi petrol mengikut jenis kenderaan.

"Kalau mampu beli kereta mewah...takkan untuk beli petrol tanpa subsidi tidak boleh pula," katanya.

Antara mekanisme lain yang dicadangkan ialah menggunakan MyKad untuk menentukan golongan yang layak menerima subsidi itu.

Mengenai kemungkinan subsidi minyak akan ditarik balik, Ismail Sabri berkata satakat ini kerajaan belum berhasrat untuk berbuat demikian kerana rakyat negara ini belum lagi bersedia ke arah itu.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata mulai tahun ini harga barangan kawalan untuk Tahun Baru Cina akan dilanjutkan sehingga perayaan kaum Hokkien yang jatuh pada hari kelapan perayaan berkenaan. - Bernama


sekarang orang dah panggil minyak naik dah.. ada nama baru

No comments

Powered by Blogger.