78% pengunjung Sinar Harian setuju dengan Nik Aziz

http://syukran.files.wordpress.com/2010/01/tok-guru-cah-keting-sinar1.png?w=291&h=257

78 peratus dari 2588 pengunjung Sinar Harian online mengundi untuk bersetuju dengan tindakan Tok Guru Nik Aziz yang membidas tindakan media memperbesar-besarkan isu “cah keting” dalam Pas sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.

Hanya 17 peratus pengunjung sahaja yang tidak setuju, manakala baki 5 peratus tidak kisah tentang isu ini. Dalam hal ini, isu cah keting hanyalah perkara kecil dan tidak melibatkan ramai pihak. Isunya hanya melibatkan masalah peribadi dan perbezaan pandangan. Malah istilah tikam belakang juga belum sesuai digunakan kerana ianya hanyalah melibatkan soalkan perbezaan pandangan antara sebilangan kecil pihak yang terlibat.

Keadaan ini jauh berbeza dengan Umno, yang mana sebelum mesyuarat agung Umno Mac tahun 2009, pelbagai risalah mengutuk Pak Lah diedarkan kalangan ahli Umno. Masalah NGO Umno seperti Prowaris secara terbuka mendesaknya letak jawatan dan mahu menaikan Najib. Tidak cukup dengan itu Ali Rustam pula mendakwa beliau disabotaj untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Manakala Norza Zakaria diheret ke Mahkamah kerana isu politik wang tetapi Khairy Jamaluddin tetap dibenarkan bertanding walaupun sudah ada bukti dia mengamalkan politik wang.

Kesimpulannya, rakyat lebih kenal dan faham pemimpi Pas yang tidak seburuk pemimpin Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk duduk diatas. Media diharap tidak menjadi batu api atau penambah cerita dalam isu cah keting ini. Sesungguhnya peranan media dalam isu amat besar dan apa yang mereka lakukan boleh memberikan persepsi yang buruk kepada rakyat yang membaca tulisan mereka. Maka jika apa yang mereka katakan itu tidak betul atau ditambah-tambah maka,mereka berdosa kepad PAS dan pemimpin yang difitnah itu.

herman shamsuddin

No comments

Powered by Blogger.