9/11: Alasan untuk serang dunia Islam – Mahathir

KUALA LUMPUR: Terdapat bukti kukuh bahawa serangan 9 September di Amerika Syarikat (AS), yang meragut hampir 3,000 nyawa, dirancang kejadiannya sebagai alasan “untuk menyerang dunia Islam”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.(gambar)

Bekas perdana menteri itu berkata, “mencipta alasan untuk melancarkan peperangan bukan sesuatu yang baru bagi Amerika Syarikat.”

“Pada September 2001, Pusat Dagangan Dunia telah diserang oleh pengganas. Saya tidak pasti sekarang ini sama ada pengganas Islam melancarkan serangan ini. Ada bukti bahawa serangan itu telah dirancang.”

“Jika mereka boleh membuat Avatar, maka mereka mampu membuat apa saja,” kata beliau dalam sidang media selepas memberi ucapan pada Persidangan Umum untuk Sokongan al Quds di sini semalam.

Beliau berkata, “membunuh orang yang tidak bersalah sebagai alasan untuk perang bukanlah perkara baru bagi AS. Tetapi sama ada serangan itu benar-benar berlaku atau sengaja dirancang begitu, telah memberi faedah besar kepada AS dan negara-negara Barat.Mereka mempunyai alasan untuk menyerang dunia Islam,” tambah beliau.

Dr Mahathir berhujah bahawa pembentukan negara Yahudi telah diputuskan selepas orang-orang Eropah gagal menghapuskan masyarakat Yahudi.

Beliau mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana beliau gagal memenuhi janji-janjinya mengenai komitmen AS di Asia Barat, termasuk janjinya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin yang berlarutan.

“Saya agak kecewa kerana setakat ini, tidak ada satu pun janji yang ditunaikannya. Beliau berjanji untuk mengeluarkan bala tentera dari Afghanistan tetapi sebaliknya beliau menambah lagi bilangan tentera.

“Beliau berjanji untuk menutup Guantanamo tetapi beliau tidak menutup Guantanamo. Agak mudah untuk menabur janji ketika pilihan raya tetapi anda tahu, terdapatnya ‘kuasa-kuasa lain’ di AS yang menghalang presiden dari melakukan sesuatu. Salah satu ‘kuasa’ itu ialah pelobi Yahudi, AIPAC,” terang beliau.

No comments

Powered by Blogger.