“BAYAR YURAN ITU, YURAN INI”: SISTEM PENDIDIKAN BEBANKAN RAKYAT
Betul ke kerajaan “tak ada duit”? Pada September 2009 Kerajaan Malaysia dengan rasminya mengumumkan telah membeli dua kapal selam KD TAR berjumlah RM3.4 bilion. Darimana dapatnya duit 3.4 bilion ini?
Kerajaan juga telah membazir berbilion-bilion ringgit untuk projek- projek mega seperti Litar F1 Sepang, Mini Putrajaya, Kangar, Perlis, Menara Taming Sari, Melaka, dan banyak lagi projek. Bukan itu sahaja, Putrajaya yang sudah cantik, kerajaan mampu mencantikan semula dengan lampu-lampu yang mahal dan bangunan-bangunan baru. Bagaimana Kerajaan ada duit untuk perkara ini sedangkan pendidikan adalah satu keperluan asas. Mengapa pendidikan dan kebajikan murid yang dikorbankan.
Sistem pendidikan percuma adalah satu perkara yang mampu dilaksanakan oleh sesebuah negara. Lihat negara-negara seperti Cuba, Venezuela, Nepal dan negara-negara sosialis lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Venezuela dan Cuba yang juga negara pengeluar petroleum seperti Malaysia menggunakan keuntungan itu untuk menjaga kebajikan rakyat seperi memberi pendidikan dan kesihatan percuma.
Tidak cukup sekadar laungan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Ini masanya kebajikan rakyat harus diutamakan. Jangan gadaian sistem pendidikan negara. Hapuskan segera semua yuran sekolah yang menjadi beban kepada rakyat Malaysia dan laksanakan pendidikan percuma.
seterusnya..

No comments
Post a Comment