Bilakah Kita Boleh Menjadi Pemimpin

Oleh Aidila Razak

Zaman ‘joli katak’ sudah berakhir dan wang ‘loteri minyak’ makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.


“Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

“Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita,” katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai “hak berdaulat” untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

“Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya,” katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

“Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

“Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga,” katanya lagi.Malaysiakini :

No comments

Powered by Blogger.