Cerita Baru Nak Mula Dalam Makkal Sakti! Adegan Pecat Memecat!

CC Makkal Sakti dipecat

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kemelut dalaman Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) semakin meruncing apabila Presidennya, R. S. Thanenthiran yang dipecat sebelum ini bertindak memecat 14 Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu termasuk timbalannya, A. Vathemurty dan Setiausaha Agung, R. Kannan baru-baru ini.

Menurut Thanenthiran, beliau mengambil tindakan itu kerana kebanyakan ahli parti kecewa dengan tingkah laku 14 ahli CC berkenaan yang memburukkan nama baik parti.

Katanya, beliau kini mempunyai sokongan majoriti iaitu 17 ahli CC serta mempunyai bidang kuasa penuh mengambil tindakan tersebut.

"Saya telah pun melantik lima ahli CC pada akhir November lalu tetapi Kannan yang merupakan Setiausaha Agung parti ketika itu tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya mempunyai sokongan majoriti. Vathemurty atau Kannan tidak berhak memecat saya atau menyoal saya berhubung parti. Mereka berdua gila kuasa dan tidak mementingkan kebaikan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Thanenthiran dipecat daripada jawatan dan keahliannya dalam parti itu. Keputusan dicapai sebulat suara sekumpulan 14 anggota CC parti itu yang diketuai Vathemurty.

yahooo......... dunia ana yang punya. kahkahkahkahkah..ok dah tu. pakat pecat2. tinggal najib yang tolong jadi ketua jap.1malaysia beb.

No comments

Powered by Blogger.