Dasar ‘Whitsel-blow’ Tidak Beri Impak Besar
SHAH ALAM, 4 Januari - Pakatan Rakyat menyambut baik usaha Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) untuk mengadakan dasar anti-rasuah bagi mengekang penyelewengan di pentadbiran masing-masing.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata dasar yang menggalakkan para pekerja memberi maklumat berkenaan jenayah rasuah dialu-alukan namun tidak memberi impak besar.
“Kita menyambut baik keputusan ini, tetapi kita rasa kesannya tidak besar kerana projek PKFZ telahpun berlaku, skandal telah berlaku, wang telahpun dibazirkan.
“Perkara ini telah berlaku dan apa-apa langkah yang diambil seperti ini seperti polisi ‘whitsel-blow’ tidak dapat memulangkan semula wang-wang yang telahpun dibazirkan dalam perlaksanaan projek PKFZ ini,”katanya.
Namun, beliau menggesa supaya polisi ini digunakan dalam setiap projek yang bakal atau sedang dilaksanakan kerajaan.
“Langkah ini memang boleh, tetapi masalahnya di PKFZ kini tidak ada projek yang besar lagi. Jadi rasuah (jumlah) yang boleh dielakkan adalah kecil,” katanya.

No comments
Post a Comment