Elaun Penghulu Di Kelantan Naik Kepada RM600 Sebulan
KOTA BHARU: Seramai 786 penghulu di seluruh Kelantan boleh menarik nafas lega apabila mulai bulan ini elaun mereka dinaikkan sebanyak RM200 ke RM600.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dengan kenaikan elaun itu diharapkan kesemua penghulu itu dapat menunaikan tanggungjawab terhadap penduduk di kawasan mereka dengan lebih berkesan lagi.
"Kenaikan elaun ini sebenarnya sudah diluluskan sejak 2007 lagi tetapi disebabkan kerajaan menghadapi masalah kewangan, kenaikan itu ditangguh sementara," katanya kepada pemberita selepas perasmian penyampaian amanat dan angkat sumpah pelantikan penghulu Kelantan 2010-2011 di Balai Islam di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menubuh Koperasi Penghulu Kelantan yang kini sudah beroperasi demi menjaga kebajikan mereka.
Nik Aziz ketika berucap meminta semua penghulu tidak merokok serta mampu menjadi imam kepada penduduk.
Katanya, penghulu adalah imej kepada kerajaan negeri dan jika mereka tidak mengamalkan perkara itu (menjadi imam) sudah tentu rakyat akan memberikan imej negatif kepada kerajaan.
"Saya sedih penghulu ini ramai antaranya merokok dan menunjukkan lagak merokok di tepi jalan dan saya juga minta agar tabiat merokok ini dijauhi serta jadilah contoh yang baik seperti menjadi imam," katanya.
Untuk itu Nik Aziz berkata, pihaknya juga akan memberi borang pengakuan sama ada penghulu itu mengamalkan sembahyang secara berjamaah, solat tahajjud dan dhuha seperti yang diamalkan pemimpin Islam. - BERNAMA

No comments
Post a Comment