Haid selamat mangsa samun diperkosa

KUALA LUMPUR: Bagai dirasuk syaitan, tiga penjenayah bukan saja menyamun seorang jururawat, malah mereka turut melakukan seks oral berhampiran sebuah kedai perabot di Kampung Pandan, dekat sini, Jumaat lalu.

Malah, kumpulan lelaki itu turut memaksa mangsa melakukan hubungan seks, namun ‘hajat’ itu tidak kesampaian apabila mangsa datang haid menyebabkan semua suspek membatalkan keinginan mereka.

Mangsa yang ketika itu dalam keadaan bogel disuruh memakai kembali pakaiannya sebelum diminta beredar jika tidak mahu dibunuh selepas mereka berang dengan keadaan mangsa yang datang haid.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 30-an itu pada mulanya memandu berseorangan selepas pulang dari pasar malam di Cheras kira-kira jam 2 pagi sebelum keretanya ditahan seorang lelaki yang bertanyakan arah jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

No comments

Powered by Blogger.