Hormati pekeliling MB Selangor – Selproa
KLANG: Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menahan Hussein Ahmad, pegawai eksekutif exco Selangor, Yaakob Sapari.
“Hussein (gambar) yang didakwa menerima rasuah mengenai penjualan pasir dibawa ke ibu pejabat SPRM Putrajaya petang semalam untuk disoal siasat semalaman,” kata satu kenyataan media dari Selproa.
Kata kenyataan itu semalam, adalah pelik bila SPRM terus berdiam diri tentang aduan terhadap rumah (mansion) yang dimiliki oleh bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.
Begitu juga dengan kes yang menelan berbilion ringgit skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan kehilangan enjin jet didiamkan tetapi SPRM memilih untuk menyasarkan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).jump17/ ??????????? ??:?? ??:??
Pimpinan baru SPRM di bawah Abu Kassim Mohamad jelas menjadi alat kerajaan Barisan Nasional dan digunakan untuk menekan Pembangkang dengan nyawa pembantu-pembantu ahli politik PR sebagai taruhan.
“SPRM mesti bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock (gambar). Pada kali terakhir SPRM menahan seorang pembantu politik semalaman, beliau sepatutnya selamat, tetapi beliau telah ditemui mati pada keesokan harinya,” jelas kenyataan itu.
Kaedah yang digunapakai oleh SPRM dalam menyoal siasat saksi-saksi atau suspek semalaman tidak boleh diterima. SPRM sungguh tidak bertanggungjawab dan sedikit pun tidak rasa bersalah kepada deretan peristiwa yang membawa kepada kematian Teoh.
“Selproa tidak mahu Hussein atau pembantu-pembantu lain menerima nasib seperti Teoh, menjadi Teoh yang kedua dan mendesak supaya SPRM menghormati pekeliling Menteri Besar Selangor mengenai kaedah soal siasat, sama ada seorang suspek atau saksi,”
tambah kenyataan itu.

No comments
Post a Comment