Israel mohon maaf secara rasmi kepada Turki.

Israel telah memohon maaf secara rasmi kepada Turki ekoran daripada kebiadapan Timbalan Menteri Luar Negeri Israel Daniel Ayalon semasa menerima Duta Turki ke Israel.

Media Hebrew melaporkan kementerian luar Israel telah memohon maaf kepada kerajaan Turki secara rasmi atas perbuatan mengaibkan Duta Turki di hadapan media. Permohonan maaf dibuat selepas digesa Presiden serta Perdana Menteri Israel.

Namun Ankara menyebut permohonan maaf tersebut tidak menepati seperti yang dikehendaki oleh Turki dan Presiden Turki, Abdullah Gul mengancam akan memanggil kembali Duta Turki.

Netanyahu berharap permohonan maaf tersebut akan meredakan keadaan dan membaiki hubungan kedua-dua negara tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

No comments

Powered by Blogger.