KENYATAAN MEDIA PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK BUKIT BOTAK
KENYATAAN MEDIA
PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK BUKIT BOTAK
Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan satu perjumpaan bersama penduduk Bukit Botak pada 1 Februari 2010 untuk membincangkan pembangunan perumahan yang sedang dirancang untuk penduduk disana.
Perjumpaan tersebut dijangka akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan dimana wakil Kerajaan Negeri akan membentangkan satu pelan pembangunan yang menyeluruh bertujuan untuk menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.
Kami percaya satu perbincangan yang matang dapat diadakan dalam perjumpaan ini dan Kerajaan Negeri sangat berhasrat untuk mendapat maklumbalas tentang pelan yang akan dibentangkan serta membuat penambahbaikan jika perlu. Seperti penduduk Bukit Botak, Kerajaan Pakatan Rakyat juga mahu menyelesaikan masalah yang telah berlaku selama 20 tahun ini.
Walaubagaimanpun, kami tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan yang lepas dan akan memastikan segala perancangan pembangunan dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab supaya rakyat tidak akan tertipu lagi.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
–
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com

No comments
Post a Comment