Klinik 1Malaysia dibantah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Apa Cerita Ni Najib??

Untuk makluman semua, penubuhan klinik ini telah mendapat bantahan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Namun rata-rata masyarakat tidak dimaklumkan tentang isu bantahan ini kerana tidak mendapat liputan media bagi menjaga imej Kerajaan di mata rakyat.

3 Sebab Bantahan

Setahu saya, ada 3 isu utama yang telah diketengahkan oleh pihak MMA. Yang pertama, berkenaan mutu klinik ini. yang kedua, tiadanya doktor yang bertauliah untuk mengawasi klinik ini dan yang ketiga, penubuhan klinik ini boleh menyebabkan pengamal perubatan swasta akan kehilangan punca pendapatan yang ketara.

Isu pertama yang diketengahkan oleh MMA sememangnya isu yang sangat penting. Klinik 1Malaysia Diawasi Oleh "Paramedik" Tanpa Tauliah

Sepertimana yang kita sedia maklum, klinik ini di jalankan oleh pembantu perubatan (MA), jururawat dan juga attendan kesihatan. Mereka ini berstatus 'paramedik' dan tidak mempunyai kelayakan professional dalam penjagaan kesihatan. malah, mengikut peraturan yang sebenar, mereka hanya boleh membuat preskripsi ubat yang berstatus 'C' sahaja seperti panadol etc.

Akan tetapi untuk klinik ini, mereka telah diberi kebenaran untuk membuat rawatan penyakit di luar bidang dan pengetahuan mereka, contohnya penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kebanyakan ubat-ubat untuk pesakit ini adalah berstatus 'A' dan 'B' yang hanya boleh di berikan oleh doktor dan pakar yang bertauliah. Tujuan ubat-ubat ini di kelaskan sedemikian rupa adalah kerana kesan sampingan yang boleh diberikan oleh ubat-ubat ini.

Demi untuk membela agenda mereka, Kerajaan mendakwa bahawa paramedik yang di tempatkan di klinik ini adalah mereka yang berpengalaman.

Pengalaman sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu penyakit. Seseorang doktor memerlukan masa hampir 7 tahun sebelum dibenarkan bertugas mengendalikan klinik. itu 1 tempoh masa yang lama. Ini kerana mengendalikan klinik bukanlah seperti mengendalikan kedai runcit yang mana pelanggan boleh datang dan membeli barangan dengan mudah.

Klinik 1Malaysia Menyalahi Akta Perubatan

Selain itu, tahukan anda bahawa Klinik 1Malaysia ini telah menyalahi akta perubatan kerana mana-mana pengamal perubatan yang tidak bertauliah, tidak boleh mengendalikan klinik. Akan tetapi, Kerajaan dengan selambanya telah melanggar akta perubatan ini.

Pihak MMA telah beberapa kali membangkitkan isu ini tapi tidak mendapat layanan daripada pihak Kerajaan. Jika di tanya kepada mana-mana doktor sekalipun, tiada yang setuju tentang perkara ini.

Akhir sekali, ingin saya tegaskan, dalam kita mengejar cita-cita politik masing-masing, janganlah sampai merendahkan mutu penjagaan kesihatan di negara kita. Ekoran penubuhan klinik ini, kita telah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerana mempunyai klinik yang mutunya rendah. tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempraktikkan apa yang telah di lakukan di Malaysia kerana mereka sedar bahawa mutu penjagaan kesihatan amat penting.

Umum masyarakat tidak mengetahui masalah berbangkit seperti ini kerana liputan yang terpilih oleh Media Prp Kerajaan. Bagi mereka, mendapat ubat sudah cukup menggembirakan mereka walhal tanpa disedari, mutu perkhidmatan kesihatan telah pun di rendahkan oleh pihak Kerajaan.

Ingatlah, kesihatan bukan semata-mata mendapat ubat. Banyak lagi faktor-faktor lain dalam bidang kesihatan. marilah kita sama-sama menyedarkan rakyat bahawa pembukaan klinik ini adalah atas nama politik semata-mata.

Rakyat sepatutnya mendapat khidmat penjagaan kesihatan yang bermutu, bukannya 'second class healthcare'. Mahukah anda suatu hari nanti, hospital-hospital pun turut dikendalikan oleh staff-staff yang berstatus paramedik? Tepuk dada, tanya diri sendiri...

sidang online

3 comments

Unknown said...

Tuan Kerabu yang saya amat-amat-amat hormati lagi sanjungi,

Disini saya nak minta tolong meminta duit Tuan Kerabu dlm RM100. Saya terpaksa nak meminta duit Tuan Kerabu sebab saya terpaksa pergi Klinik Swasta. Saya tak sanggup menunggu lama di klinik kerajaan. Tolong Tuan Kerabu, saya betul2 kena pergi Klinik Swasta. Tolonglah hanya Tuan Kerabu yang boleh tolong saya, tolonglah. Dulu saya ada bawa anak saya pergi ke Klinik Swasta di Shah Alam, saya terpaksa membayar RM80 untuk penyakit demam anak saya sahaja. Tolong Tuan Kerabu. Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa baik Tuan Kerabu kerana memberi saya duit untuk pergi Klinik Swasta

TEKONG DARAT said...

MMA membantah kerana klinik ahli persatuan mereka terjejas...
aku bukan peminat najib, apalagi umno...
tapi adalah lebih baik jika ubat seperti panadol dan benadryl(ubat batuk diberi oleh MA daripada dijual di kedai runcit...
tolong paham isu ni...
MMA bantah sebab periuk nasi mereka terjejas...
doktor pun satu hal, kat bandar jer nak kerja...
kat kampung sejak 100 tahun dulu lagi memang MA yg kendalikan...
dan klinik 1malaysia juga mana2 klinik kerajaan memang dikendalikan MA...cuma dgn pengawasan...
MA bukan nak jadi doktor...
mereka juga ada prosedur kerja...
sama macam doktor...
ngko ingat kalau klinik 1malaysia ada doktor, semua penyakit selesai kat klinik ker?...
jangan nak jadi hero untuk kapitalis laa

Unknown said...

Apa sakit
Demam juga
Angkat ini ubat

Di atas ni, dialog MA dgn pekerja lombong di di kawasan perlombongan di Lembah Klang tahun 1970 an dulu.

Takda komplain pun dari pekerja lombong. Sampai sekarang mereka sihat. Ada yg cecah 80 tahun.
Tu dulu tahun 1970 an. Tak payah pergi klinik swasta.

Tuan Kerabu yang saya muliakan,
Tolonglah fikir-fikir jauh-jauh, kalau kerajaan buat untuk manafaat rakyat TAKKAN Tuan yang sekolah tinggi nak DIPERBODOHKAN oleh orang lain. Klinik 1 Malaysia nak kurangkan kesesakan di Klinik Kerajaan.
Tuan Kerabu harus ingat, satu hari ALLAH duga Tuan Kerabu sampai papa kedana dan ditimpa sakit pening. Tuan nak pinjam duit orang lain pergi Klinik Swasta. FIKIRKANLAH UNTUK TIDAK DIPERBODOHKAN DAN DIPERKUDAKAN TANPA GAJI OLEH ORANG LAIN

Powered by Blogger.