K'tan diminta perjelas pembelian Bazar Tok Guru
Naib pesiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan Kelantan memberikan penjelasan terperinci berhubung tindakannya membeli Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta daripada Sensatimur Sdn Bhd ekoran 'masalah teknikal'.
"Kita harap kerajaan negeri akan dapat beri penjelasan kepada rakyat Kelantan secara terperinci bagi mengelak pelbagai spekulasi dan pentafsiran," katanya.
Mahfuz diminta mengulas tindakan kerajaan negeri membeli tingkat bawah Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan menyelamatkan projek Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Pada 16 Januari lalu, Nik Abdul Aziz dilaporkan mengesahkan pembelian tersebut - yang sedang dibina - daripada Sensatimur, yang menurutnya untuk menjaga kepentingan peniaga.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Mahfuz berkata, jika perlu, maklumat keputusan mesyuarat exco negeri Rabu lalu yang dikatakan dibocorkan kepada seorang penulis blog, dikelaskan semula sebagai tidak tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya tidak lihat ia melibatkan unsur-unsur yang mengancam keselamatan. Secara prinsipnya, OSA (dibuat) ini untuk melindungi keselamatan negara," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Maklumat pembelian yang diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu lalu didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Pembocoran tersebut dipandang serius oleh exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta Nik Aziz melakukan siasatan kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah OSA.
Manakala Husam yang diketahui umum pernah rapat dengan Syed Azidi, turut menyokong siasatan tersebut bagi mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu.
Syed Azidi pula menafikan penglibatan Husam sebagai pemberi maklumat tersebut.

No comments
Post a Comment