Mahasiswa Pendidikan Tuntut MPP Laksana Tanggungjawab

Mahasiswa pogram pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM di sini menuntut agar ahli Majlis Perwakilan Pelajar FPP memainkan peranannya sebagai suara kepada mahasiswa ekoran isu penempatan guru yang terus membelengu mahasiswa pada ketika ini.

Hal ini berikutan dengan kenyataan daripada Timbalan Menteri Pelajaran Mohd.Puad Zarkashi yang mengeluarkan kenyataan mengenai pengurangan pengambilan guru sehingga mencecah hanya 1500 kekosongan akan disediakan pada tahun 2011. Kenyataan ini dikeluarkan ketika menjawab pertikaikan daripada kelompok siswazah pogram Diploma Pendidikan yang masih lagi belum ditempatkan.

Rata-rata mahasiswa pogram pendidikan mengeluarkan rasa kebimbangan dalam keadaan yang sama turut menuntut ahli Majlis Perwakilan Pelajar FPP iaitu saudara Johari Mohd. Salim dan juga saudara Mohd Shahrul Kamaruddin untuk membawa perkara itu kepada kementerian pelajaran Malaysia. Difahamkan, sehingga hari ini, MPP masih lagi belum melaksanakan sebarang tindakan berikutan isu tersebut.

Daripada sumber yang lain menyebut, hampir 60 orang mahasiswa lepasan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM tahun lepas masih lagi belum ditempatkan pada ketika ini.

UPM-Today

No comments

Powered by Blogger.