Nik Aziz kecam tindakan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengecam tindakan pihak yang melakukan kerosakan terhadap rumah ibadat agama lain khususnya Kristian, yang dilihat mampu mengancam ketenteraman negara.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menggunakan kekerasan seperti membakar tempat ibadat agama lain itu amat ditentang keras oleh Islam.

"Tindakan memusnah serta membakar tempat ibadat agama lain sememangnya tidak boleh diterima kerana Islam sendiri tidak menggalakkan kekerasan, malah lebih kepada kaedah menggunakan rundingan (bagi mengatasi masalah). Kita sebagai orang Islam, harus bersimpati terhadap orang terniaya.

"Kenapa mesti membabitkan kemusnahan (membakar gereja) semata-mata marah kepada pihak tertentu, tindakan seperti ini tidak boleh buat pandai kita (sendiri), mesti melalui rundingan," katanya kepada media, di sini, semalam.

No comments

Powered by Blogger.