Pantau penulis blog
KAJANG – Pemantauan pihak berkuasa terhadap penulis blog yang semakin lantang bersuara dalam sesetengah laman web perlu dilaksanakan lebih tegas supaya kebebasan yang diberi tidak disalahgunakan golongan berkenaan.
Timbalan Presiden Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia (PSSKSM), Omar Talib berkata, pihaknya kurang senang dengan tindakan sesetengah penulis blog yang sanggup menghina Sultan sewenang-wenangnya.
Menurutnya, kementerian berkenaan perlu bertegas dan mengambil tindakan terhadap penulis blog yang telah menghina sultan dan menyentuh sensitiviti orang Melayu dalam blog mereka.
“Kebanyakan mereka tegar untuk menghina sultan dan menyentuh sensitiviti Melayu sedangkan orang Melayu yang sentiasa mendaulatkan dan memartabatkan hak raja serta Sultan.
“Penghinaan dan kenyataan yang dikeluarkan dalam laman blog mereka itu adalah satu tundakan biadab dan mereka perlu ditangkap dan dijatuhi hukuman malah jika ia berlarutan batalkan laman blog itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Omar berkata, beliau menyarankan penulis blog supaya tidak mengambil kesempatan dengan keterbukaan kerajaan dengan mengambil peluang menghina kesultanan serta raja-raja Melayu.
Beliau berkata, PSSKSM sama sekali menentang tindakan blogger itu berikutan pertubuhan itu adalah pertubuhan yang mementingkan kedamaian, keharmonian serta keamanan setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Khalifah dan Guru Utama PSSKSM, Datuk Baharom Kamari pula berkata, dengan situasi sekarang beliau percaya anggota masyarakat dapat lihat dengan jelas bahawa terdapat satu gerakan yang memperlekeh dan menghina perpaduan Melayu telah mula sejak awal lagi tetapi ia lebih kritikal kini.
“Kami yakin di belakang senario ini terdapat tangan-tangan jahat yang ingin memporak-perandakan kedaulatan Melayu dan mengambil kesempatan untuk menghina kesultanan dengan secara terbuka.
“Kita telah menjadi mangsa di mana kesan pemerintah telah mengakibatkan hak kita tercabar dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku maka PSSKSM tidak bersetuju dengan perkara yang didakwa itu,” katanya.
Menurutnya walaupun kedaulatan Melayu dan kesultanan sangat penting bagi masyarakat Melayu tetapi tidak bererti ia boleh diperkatakan dengan sewenang-wenangnya.
Bagi mengatasi masalah ini dan mengelakkannya terus berlarutan maka beliau mencadangkan supaya, kementerian berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah dengan mengenakan tindakan sewajarnya.
Hadir sama, Setiausaha Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selangor, Sudinar Kassim.

No comments
Post a Comment