Penyokong Kelantan kena penjara, denda
KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan, yang mengaku bersalah membawa masuk mercun bola ke dalam Stadium Sultan Mohd Ke-IV ketika pasukan itu menetang Johor FC, malam Sabtu lalu.
Majistret, Nik Habri Muhammad, yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zafizie Mohd Zawi, 29, juga mengingatkan tertuduh bakal dikenakan tambahan sebulan penjara, jika gagal membayar denda itu.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Zafizie dari sini, didakwa memiliki lima butir mercun bola ketika memasuki stadium itu menerusi lorong Pintu ‘E’, pada jam 9.30 malam Sabtu lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Nik Habri, berkata perbuatan tertuduh adalah serius kerana memiliki mercun di tempat awam, malah stadium adalah tempat perlawanan bola sepak dan bukannya tempat tidak selamat atau tempat menjadi keganasan.
“Sebelum ini, banyak berlaku kekecohan dalam stadium yang semuanya disebabkan segelintir orang seperti kamu yang bertindak membaling mercun. Bila dibawa ke tempat awam, ia berbahaya,” katanya.
Nik Habri berkata, hukuman yang dikenakan itu diharap dapat menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak bertindak demikian.
Sebelum itu, dalam rayuannya, Mohd Zafizie berkata, beliau kesal dengan perbuatan yang dilakukannya dan tidak akan mengulanginya lagi.
“Saya minta hukuman denda paling minimum kerana ini kesalahan pertama selain tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.
Pendakwaan kes itu dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Riduan Phang Abdullah.

No comments
Post a Comment