Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor?

Malaysian Insider melaporkan bahawa berkemungkinan satu pilihanraya kecil bakal berlaku di negeri Selangor.

Dilaporkan juga bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan mengumumkannya hari esok di dalam satu ceramahnya bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di satu pekan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesemua exco, pembantu dan penyokong Pakatan Rakyat dijangka hadir pada majlis ceramah berkenaan esok.

Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR bagi Rasa memberitahu bahawa rakyat tempatan menjangkakan Anwar akan mengumumkan pengunduran Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad untuk memberi laluan untuk satu piliharaya kecil berlansung.

“Terdapat ura-uranya… kita tahu mengenainya tetapi tida ada yang disahkan… tidak jelas,” katanya, menambah bahawa “Zainal kini sakit”.

“Semua rang tahu yang Dr Zainal betul-betul sakit, tetapi apakah beliau akan meletakkan jawatan… itu yang kita tak tahu,” tambahnya.

Khabar angin menyatakan Dr Zainal, yang sekarang sedang sakit, telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Anwar, namun tidak jelas samada ketua pembangkang itu menyerahkan surat berkenaan kepada Speaker.

No comments

Powered by Blogger.