Polis peroleh imej suspek bakar Gereja Metro Tabernacle

KUALA LUMPUR, Jan 13 — Polis telah memperoleh imej suspek-suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini minggu lalu.

Imej fizikal mereka, dipercayai tiga hingga empat orang berdasarkan laporan-laporan sebelum ini, sedang diteliti untuk tindakan susulan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis perlu membuat siasatan lanjut mengenai serangan terhadap beberapa gereja baru-baru ini sebelum melakukan sebarang tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan itu.

Polis juga perlu melihat senario lebih besar iaitu sama ada semua serangan itu adalah satu perbuatan konspirasi pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu ataupun merupakan serangan secara berasingan.

Kelmarin beliau dilaporkan berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk atau maklumat untuk mengenal pasti suspek tertentu yang bertanggungjawab terhadap kes serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati namun ia tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.mi

MENYUSUL LAGI

No comments

Powered by Blogger.