PRK UM: Tempoh kempen 2 hari

Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya akan berlangsung bermula minggu hadapan.

Proses pemilihan tahunan kepimpinan mahasiswa menggunakan demokrasi berkenaan akan dimulakan dengan proses penamaan calon pada 25 Januari.

Tempoh berkempen hanya diberikan selama 2 hari sehingga tengah malam 27 Januari.

Proses pembuangan undi pula ialah pada 28 Januari.

Dalam pada itu, pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah diumumkan hari ini.

Kepimpinan MPMUM sesi lepas akan dilantik sebagai ‘care taker’ sebelum kepimpinan baru dilantik.

Beberapa kelainan dalam pilihanraya pada kali ini iaitu proses pemilihan menggunakan teknologi pengundian elektronik (E-Voting) dan tempoh berkempen ialah 2 hari.

Beberapa kem telah memulakan proses kempen masing-masing.

Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Uni. Malaya (SPKUM) beberapa hari lepas menerima peruntukan RM5000 bagi persediaan jentera dalam menghadapi PKR kali ini.

pilihanraya_kampus3

SPKUM juga dimaklumkan akan terus menggunakan nama ‘GERAK’ pada siri pilihanraya kali ini, meneruskan nama berkenaan yang mula digunakan pada sesi lepas menggantikan nama lama, ‘ASPIRASI’.

Di kem yang lain, Pro Mahasiswa Nasional (Pro-M) melalui proksi di Universiti Malaya yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa Universiti Malaya (Pr-M UM) juga akan terus menggunakan nama berkenaan yang sudah mula digunakan sejak 2 kali sesi pilihanraya.

Nama baru berkenaan bagi menggantikan terma ‘GAGASAN’.

Terdahulu, sesi pilihanraya 2009/2010 yang lepas dimenangi oleh Pro M UM dengan majoriti mudah 21 kerusi berbanding GERAK sebanyak 20 kerusi.

Dua daripada kerusi yang dimenangi Pro M UM berkenaan dicalon sebagai bebas sebelum ditukarkan menyebelahi kem berkenaan menjadikan jumlah kerusi ialah 21.

Mohd Ridzuan Mohammad dilantik sebagai Yang di Pertua MPMUM pada sesi lepas.

Beberapa isu menghinggapi PRK UM sesi lepas seperti isu ‘kepala babi’ di surau APIUM dan isu ‘rasuah calon oleh TNC HEP’.-UMtoday

No comments

Powered by Blogger.