SMM bantah ‘negara polis’ di sudut pidato UKM pagi ini

http://farm5.static.flickr.com/4020/4276587220_794b2927ff.jpg


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menggunakan pentas sudut pidato Universiti Kebangsasan Malaysia (UKM) pagi ini bagi membantah perilaku pihak polis yang bertindak provokatif dalam demontrasi mahasiswa semalam di Putrajaya.

Pidato berkenaan akan bermula jam 10.30 pagi ini.

SMM sifatkan perilaku pihak polis semalam sebagai “aksi negara polis” apabila pegawai kerajaan berkenaan bertindak provokatif terhadap kumpulan demontrasi aman mahasiswa dan bersikap melulu serta “tangkap ikut suka” seorang mahasiswa dan seorang wartawan.

Mereka ditangkap tanpa alasan kukuh dan usul periksa.

“Negara ini sudah menjadi negara polis, semua polis akan menjadi alat penyelesai bagi sesuatu yang tidak disukai pemerintah atau ‘kononnya’ mencetuskan kekacauan awam,” ujar seorang mahasiswa.

Perhimpunan semalam bermula dengan aman dan selesa sehingga kumpulan mahasiswa berkenaan mula bersurai.

Namun polis tiba-tiba menangkap beberapa individu lalu menimbul kekecohan.

Selepas kira-kira tiga dekad diharamkan, akhirnya Sudut Pidato atau Speakers’ Corner di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu, semalam.

Sudut Pidato UKM berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.-UMtoday

No comments

Powered by Blogger.