Tingkap gereja di Rasah pecah akibat perbuatan ‘nakal’
SEREMBAN 16 Jan. – Polis percaya perbuatan seorang lelaki yang melempar objek keras ke tingkap Gereja Grace Global Prayer di Rasah di sini malam semalam, yang menyebabkan kaca tingkap itu pecah, merupakan perbuatan ‘nakal’.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, jika lelaki itu berniat mahu melakukan serangan terhadap rumah ibadat itu, sudah pasti kerosakan yang dialami adalah besar.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, kaca tingkap gereja yang terletak dalam sederet rumah kedai dua tingkat itu, pecah.
"Kita yakin akan dapat menangkap suspek kerana kita ada petunjuk selepas berjaya menemui seorang pengawal keselamatan yang terlihat perbuatan lelaki itu dari jauh,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini. – Bernama

No comments
Post a Comment