UPSI: Pilihanraya Kampus
Tg Malim , 20 Januari - Dengan pengisytiharan pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 untuk memberi laluan kepada pemilihan kabinet yang baru, bahang kempen dilihat semakin panas.
Menurut kenyataan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, pada 21/01/2010 (Khamis), penjualan borang pencalonan akan bermula dari jam 08.30 pagi hingga 05.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Aras Dua, Blok A, Bangunan JHEPA manakala pada keesokan harinya, 22/01/2010 (Jumaat) adalah hari penamaan calon bermula dari 08.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Bermula dari jam 06.30 petang hari yang sama sehingga jam 12.00 tengah malam 27 Januari 2010 adalah tempoh yang dibenarkan berkempen dan tepat jam 08.30pagi hingga jam 05.00 28 Januari adalah hari pengundian. Tempat-tempat pengundian adalah Bitarasiswa, Dewan SITC,Dewan Serba guna Kolej Za’ba, Dewan Serbaguna KUO, Foyer Kolej Harun Aminurrashid, Perpustakaan Tuanku Bainun dan Foyer KDP.
Keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan pada jam 05.30 petang di Dewan SITC oleh Dato' Naib Canselor.
Pada 29 Januari 2010, keputusan rasmi dan muktamad pemilihan MPP sesi 2010/2011 akan diumumkan melalui laman web dan papan kenyataan utama di Kampus dan Kolej-Kolej Kediaman.
Untuk rekod , sejumlah 16 kerusi Fakulti , 5 kerusi Umum dan 4 kerusi Etnik akan dipertandingkan pada pemilihan kali ini.
selamat mengundi!

No comments
Post a Comment