Wehdah serah memorandum kepada KDYMM Tuanku Sultan

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR: Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) mempersembahkan memorandum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berhubung isu penggunaan nama Allah oleh agama lain.


Pengerusi Wehdah, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata memorandum itu dikemukan sebagai rayuan kepada KDYMM Tuanku Sultan untuk beri perhatian penuh terhadap isu ini agar ianya reda secepat mungkin bagi menjamin kesucian Islam serta aqidah umat Islam.

“Memorandum ini sebagai rayuan kepada KDYMM Tuanku Sultan untuk beri perhatian bersungguh terhadap isu ini yang kita tahu KDYMM Tuanku Sultan sudah maklum.

“Sebagai satu harapan umat Islam, masyarakat amnya supaya segera melakukan sesuatu menggunakan kuasa Sultan dan Raja sebagai supaya isu ini reda secepat mungkin.

“Kita (pertubuhan Islam) merayu kepada KDYMM Tuanku Sultan dapat mengusulkan agar Majlis Raja-Raja Melayu bersidang khas bagi memutuskan perkara ini dan sekaligus memberi ketegasan muktamad mengenai kedudukan Islam di negara ini agar dihormati oleh semua pihak.

“Ini ada tanda-tanda bahawa keadaan makin panas dan tegang, kami sebagai pertubuhan Islam merasa berasa bertanggungjawab untuk memastikan hal ini tidak merebak hingga di luar kawalan,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Encik Elmi Yusoff di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurut beliau, Wehdah yang mewakili 26 pertubuhan Islam di negeri ini juga merasa sangsi terhadap niat penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald – The Catholic Weekly.

“Mereka (majalah Herald-The Catholic Weekly) tahu ini akan jadi sensitif, kita tahu sejarahnya sejak 1511 penjajah datang ke tanahair tak ada isu penjajah nak guna nama Allah, tetapi kenapa sekarang, itu yang jadi sangsi kepada umat Islam,” ujar beliau.

No comments

Powered by Blogger.