Akhirnya Kerajaan Mengaku Ada Hububgan Dengan APCO

APCO Dibayar Mengikut Program Komunikasi: Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, firma perunding Apco Worldwide akan dibayar mengikut program komunikasi yang dilaksanakan seperti ditetapkan.

Beliau berkata, jumlah pembayaran kontrak sebenarnya hanya dapat ditentukan selepas kontrak-kontrak tersebut tamat dan ia diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai jumlah pembayaran kepada Apco serta kementerian mana yang menanggung kos tersebut.

Menjawab soalan mengenai jumlah kos yang dibelanjakan oleh setiap kementerian yang berkaitan dengan program 1Malaysia, Mohamed Nazri berkata, jumlah kos program 1Malaysia ditentukan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan. - BERNAMA


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.