AMK Muar Ajak Razali Berdebat
MUAR 3 Apr - Angkatan Muda KEADILAN Muar mencabar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Razali Ibrahim untuk mengambil bahagian dalam debat perdana berhubung isu samada 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri mementingkan ketuanan Melayu atau ketuanan rakyat.
Debat Perdana tersebut yang merupakan antara program di bawah Pentas Anak Muda anjuran AMK akan diadakan pada 8 Mei depan.
Debat yang bertajuk “Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat” dijangka akan menemukan Razali yang Ahli Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dengan Fariz Musa, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
"Debat bertujuan memperjelaskan pendirian Pemuda Umno dan Angkatan Muda Keadilan mengenai pelbagai isu rakyat.
Contohnya dalam kes Kampung Desa Pinggiran, Kempas, Johor Bahru yang tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.
"Juga dalam isu gagasan 1Malaysia yang tidak senada dengan pendirian Umno selama ini. Umno dilihat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu sedangkan gagasan 1Malaysia ilham Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih selari dengan manifesto dan dasar Pakatan Rakyat," kata AMK Muar dalam satu kenyataan Khamis lalu.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment