AUKU Akan Dipinda - Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 46 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bagi menambah jumlah Profesor Diraja di negara ini.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu adalah bagi membolehkan lantikan jumlah Profesor Diraja yang boleh dilantik pada satu-satu masa yang kini hanya terhad kepada tiga orang.
"Satu pakej remuneration yang sesuai dengan ketinggian status Profesor Diraja akan kita adakan, pakej ini tidak akan akan terikat dengan mana-mana tangga gaji sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya semasa berucap sempena Pelancaran Majlis Profesor Negara di sini hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan turut mewujudkan kategori Profesor Kanan yang akan diletakkan di bawah Gred Turus perkhidmatan awam.
Bagaimanapun menurutnya jumlah jawatan Profesor Diraja dan Profesor Kanan akan ditentukan kemudian oleh satu jawatankuasa khas.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment