Kit Siang Label Muhyiddin Jenaka 'April Fool'

KUALA LUMPUR 1 Apr - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar 17 Menteri Umno dan Barisan Nasional supaya menyatakan pendirian mereka samada mereka adalah rakyat Malaysia dahulu atau sebaliknya.
Kit Siang berkata demikian ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang membuat pengakuan bahawa beliau Melayu dahulu dan kemudian rakyat Malaysia.

"Soalan tentang 1Malaysia tidak patut ditimbulkan. Apabila seorang pemimpin bercakap tentang kepentingan kaum mereka, ini tidak bermakna dia tidak menyokong 1 Malaysia kerana ia berasaskan perlembagaan,

"Beliau mencabar saya dengan menyuruh saya menyatakan pendirian rakyat Malaysia dan Cina kedua sehinggalah beliau diberitahu oleh wartawan yang saya telah pun membuat deklarasi di dalam Parlimen semasa sesi perbahasan menjunjung titah pada 18 Mac lepas.

"Saya rasa amat kasihan kerana konsep 1Malaysia yang dibawa Najib sebagai Perdana Menteri yang Ke-6 ini dimusnahkan oleh timbalannya sendiri di ambang pemerintahan 1 tahun beliau pada Sabtu ini.

"Terima kasih juga kepada Muhyiddin, konsep 1Malaysia Najib sekarang hanya boleh dianggap jenaka 'April Fool' disebabkan hari ini juga 1 April.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu mendakwa musuh utama 1Malaysia bukan daripada luar BN tetapi datang dari kalangan Umno dan ini telah dibuktikan dengan kenyataan Muhyiddin.
Beliau seterusnya sangsi berapa ramai menteri dan ketua parti komponen BN mempunyai DNA 1Malaysia untuk lulus empat ujian mudah 1Malaysia yang dikemukakan sebelum ini.
"Dalam ucapan tersebut saya berikan ujian tersebut kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, namun beliau juga lari daripada menjawab soalan saya.

"Saya ingin mencabar 17 Menteri Umno dan Menteri dari komponen BN yang lain untuk menyatakan pendirian samada rakyat Malaysia dahulu dan kemudian Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban atau sebaliknya.

"Saya juga ingin bertanya menteri yang bertanggungjawab terhadap Program Tranformasi Kerajaan 1Malaysia, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon samada beliau masih layak lagi sebagai Menteri Kabinet apabila portfolio 1Malaysia GTP runtuh dan hancur oleh Timbalan Perdana Menteri itu sendiri", tegas Kit Siang.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.