Enam bulan lepas Bajet, apa hasilnya?

Pada Okt 23, 2009 ketika pembentangan Bajet 2010, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi Kementerian Wilayah Persekutuan akan diperkukuhkan. Disarankan skop kementerian tersebut diperluaskan supaya ia lebih berkesan dalam membasmi kemiskinan bandar.

Najib Razak berkata antara tugas utama kementerian ‘baru’ yang bergelar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [KWPKB] ialah menyediakan satu pelan tindakan komprehensif. KWPKB ditugaskan melaksanakan program bersesuaian untuk menangani masalah kemiskinan bandar di seluruh negara, termasuk di kalangan golongan berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Menyusuli kenyataan Perdana Menteri, Raja Nong Chik Zainal Abidin yang berupa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menegaskan bahawa pertukaran nama itu mencerminkan peranan kementeriannya dalam membela penghuni miskin bandar:

“Kita akan memberi lebih penekanan kepada isu (kemiskinan) bandar dan tanggungjawab ini akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin... . Saya akan memikul tanggungjawab besar ini dan memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lancar. Ini tekad saya dan semuanya akan cuba direalisasikan dengan berkesan.” 1

seterusnya....

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.