Hulu Selangor - BN perlu berhati-hati
CATATAN ANUAR MOHD NOR
ada yang menghantar SMS kepada saya, bertanya apa agaknya keputusan pilihan raya Hulu Selangor? Saya menjawab bahawa setakat ini (Rabu) saya meletakkan BN mempunyai sedikit kelebihan dan peluang untuk merampas semula Hulu Selangor. Saya mengatakan kepada rakan ini – 51% untuk BN dan 49% untuk PR. Ini agak-agak sahaja. Saya bukan tukang tilik, tidak ada anak belalang yang membantu tetapi sekadar menjangkakan sahaja.
Namun dalam mengatakan apa yang saya jangkakan saya turut berkata, pusingan terakhir – 2 hari sebelum mengundi mampu mengubah apa yang saya jangkakan. Kita tidak tahu taktik dan teknik terbaru mereka – isu yang mahu dibawa oleh PR dan penerimaan pengundi di sana tetapi dari input yang diberikan – kaum India jarang mengubah undi dan mereka cenderung kepada MIC sungguhpun pada semua tempat undi India hanya undi minoriti sahaja. Sama seperti di Hulu Selangor, pengundi India hanya merangkumi 19% dan undi Melayu dan Cina merupakan undi yang boleh mengubah keputusan kemenangan.
Dalam melihat kempen yang dilakukan oleh media Internet, rata-rata apa yang rancak kelihatan adalah pembaca disajikan dengan gambar-gambar yang menunjukkan penglibatan Zaid Ibrahim calon PR dalam isu pengambilan arak dan judi. Sepanjang kempen khususnya layari Internet gambar – gambar sekitar berkempen – gambar arak di restoran Cina dan kaum Cina yang sedang minum arak disajikan bila mana Zaid Ibrahim berada di sana. Ini tidak termasuk gambar-gambar ubah tampal yang menunjukkan Zaid seorang pemabuk dan sebagainya. Malah dalam beberapa laman – ada dialog antara orang Cina menawarkan tempat minum arak kepada Zaid dan kartun Zaid dan Nik Aziz membicarakan mengenai kemahuan Zaid untuk minum.
Ada seorang rakan lagi yang menerima SMS dari Ketua Penerangan UMNO yang mengajukan 13 poin untuk di bahaskan sekitar kempen BN di Hulu Selangor tetapi rakan ini membalas SMS itu dengan mengatakan bahawa kempen di sini nampaknya adalah sekitar dua poin sahaja – arak dan judi.
Hati-hati dengan cara berkempen. Kalau undi Melayu terpecah kepada 2 dan gambar arak bersama komuniti Cina dibuat sebagai strategi kempen, ia mungkin memakan diri. Kita perlu ingat arak bukan sesuatu yang di tolak oleh kaum lain. Mungkin dengan kerakusan kita mempamerkan gambar-gambar itu akhirnya sokongan undi Cina akan terus berpihak kepada Zaid. Mungkin ini, sekiranya undi Cina menjadi penentu kemenangan akan menyebabkan peratus yang dikatakan tadi memihak pula kepada PR.
Mungkin selepas keputusan nanti baru kita mula membahaskan apa yang sepatutnya di buat untuk terus meraih undi bagi pilihan raya seterusnya. Kita perlu ingat ini hanya PRK belum lagi PRU 13. Kalau kita tidak bentuk kekuatan media alternatif maka dominasi media alternatif akan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat dan kita akan hanya ghairah sesama kita sedangkan mereka membentuk idealisme yang lain. Saya akan terus mengisahkan isu ini selepas pilihan raya nanti. Ini penting bukan sahaja untuk menyedarkan kepimpinan yang ada, apa pun keputusan yang akan datang ingat PRU 13 nanti akan lebih dahsyat lagi. Ingat media alternatif yang menjadi antara sebab kita tewas dan setakat ini adakah kita sudah berjaya dalam menyaingi media alternatif yang ada hari ini?
http://umno-reform2.com/front/

gambar ini mampu meraih sokongan India dan Cina terhadap Zaid sekiranya kita fikirkan

No comments
Post a Comment