Hulu Selangor: Pakatan Rakyat boleh menang tipis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEBkJTwcgj63uvpRTAMoyaQEt81AiSeLBgTq5TgUesiHs_nFg2fOmRhJfHEtpzMG97XZXZtB4YqcVDQPSdE5Ok8Ew4k40_PVLNsQy7MeukwdJHrZ6SJUrqzDEzI-wJdkjOjs837cv7FvTH/s320/Jangka+menang.bmp


Berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos 2008, strategi kempen yang menyerang peribadi calon parti KeADILan, DS Anwar Ibrahim ternyata memakan tuan. Barisan Nasional telah kalah teruk, dengan ketinggalan sebanyak 16,127 undi. Antara isu utama yang digunakan menyerang peribadi Anwar ialah isu liwat Saiful, pengkhianat Negara, agen Yahudi dan menggunakan bekas orang kanannya, Ezam menghentam Anwar dalam segenap penjuru.

Pun begitu, kesemua strategi Barisan Nasional itu dilakukan dalam lingkungan medan tempur parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Pakatan Rakyat, terutama di DUN Permatang Pasir yang juga kubu kuat PAS.

Begitu pula, dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, pihak Barisan Nasional tetap menggunakan strategi kempen yang sama dengan Permatang Pauh, iaitu menyerang peribadi calon terhadap Datuk Mohd Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat. Antara isu utama yang digunakan menyerang Zaid ialah isu minum arak, berjudi dan bukan anak tempatan. Di samping menggunakan juga isu agama dengan mempertikaikan amalan beragama Zaid yang disabitkan dengan penolakan hudud dan pemikiran liberalnya.

Namun, senario tempatan antara Hulu Selangor dengan Permatang Pauh. Bila mana Hulu Selangor adalah kubu Barisan Nasional. Meskipun begitu, kubu itu pernah robek pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Sehubungan itu, berdasarkan pemerhatian dan penelitian terhadap strategi kempen kedua-dua belah pihak, maka ada dua jangkaan keputusan yang boleh dipaparkan. Pertama kekalahan tipis dan satu lagi kemenangan tipis untuk Pakatan Rakyat.

Berpandukan prestasi Pakatan rakyat pada piihan raya lepas (lihat jadual 1), modal undi parlimen Pakatan Rakyat hanya 23,177. Daripada jumlah ini 3,285 disumbangkan oleh undi peribadi calon. Ini kerana modal undi Pakatan Rakyat di DUN-DUN hanya 20,108 sahaja.

Berdasarkan gambaran sokongan kalangan pengundi mengikut kaum, pada pilihan raya umum 2008 Pakatan Rakyat mendapat kira-kiranya Melayu 46 peratus, Cina 70 peratus, India 34 peratus dan pengundi Asli 25 peratus.

Jika pecahan sokongan antara kaum ini berkekalan maka Pakatan Rakyat akan mencapai kekalahan tipis seperti gambaran analisis data berikut (rajah 2).

Andaian keluar 75 peratus dengan mendapat sokongan pengundi Melayu 45 peratus, pengundi Cina 75 peratus, pengundi India 35 peratus dan

sokongan pengundi Asli 25 peratus. Maka Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan tipis seperti analisis keputusan yang berikut (jadual atas):

Walau bagaimanapun, kesemuannya bergantung kepada kempen saat akhir pada 24 April. Hanya Tuahan Yang Esa sahaja yang maha menentukan. Manusia sekadar berusaha dan bertawakal.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/04/hulu-selangor-pakatan-rakyat-boleh.html

No comments

Powered by Blogger.