Munafik UMNO masih wujud
KUALA TERENGGANU – UMNO Bahagian Marang diakui mempunyai kelemahan tertentu namun segala kekurangan itu sentiasa diperbaiki dari masa masa bagi mengukuhkan kedudukan parti.
Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris berkata, kelemahan itu diatasi dengan cara melaksanakan pelbagai program termasuk mentor mente di peringkat cawa-ngan selain program Juara Rakyat.
Bagaimanapun menurutnya, meskipun pelbagai usaha dilakukan namun perasaan tidak senang tetap ada berikutan wujudnya golongan ‘munafik UMNO’ yang masih lagi bermaharajalela.
:“Golongan ini nampak menyokong parti tapi hakikatnya menikam UMNO dari dalam dan lebih mengecewakan, mereka masih diberikan tempat dalam UMNO Bahagian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau memberi reaksi kenyataan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di Parlimen Marang terdorong pada kekalahan pada pilihan raya umum nanti sekiranya masih tidak berubah.
Abdul Rahman memberi amaran bahawa sehingga kini, beberapa kelemahan masih menghantui parti itu antaranya masalah peringkat pentadbiran, kelema-han aktiviti dijalankan selain penyingkiran individu penting yang mampu menyumbang pada kekuatan UMNO.
:Mengulas lanjut, Razali memberitahu, UMNO Marang tidak pernah takut berdepan dengan Pas meskipun kawasan itu dikenal sebagai kubu kuat parti berkenaan sebaliknya bimbang terhadap kumpulan munafik terbabit.
Sehubungan itu katanya, barisan kepimpinan kini berusaha membersihkan parti supaya UMNO sentiasa ampuh untuk berdepan dengan pembangkang.
Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan Abdul Rahman bahawa UMNO Bahagian menyingkirkan individu penting yang mampu menyumbang kepada parti kerana ia dilakukan oleh perwakilan ketika pemilihan.
“Kita tidak mampu menyisih mana-mana individu, semuanya dilakukan lebih 700 perwakilan melibatkan 101 cawangan yang bermesyuarat dan hasilnya, 70 peratus barisan kepimpinan adalah muka baru.
“Malah, meskipun tidak memang dalam pemilihan itu, beliau (Abdul Rahman) masih lagi diberikan jawa-tan sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, jadi tidak timbul isu penyingkiran sebenarnya,” katanya.SH
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment