Persatuan Peguam Muslim kesal

KUANTAN - Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kecewa dengan keputusan meringankan hukuman sebat kepada menjalani hukuman khidmat masyarakat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang bersalah kerana meminum arak.

Setiausaha Agung PPMM, Abdul Halim Bahari berkata penggantian hukuman tersebut langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika Sari Dewi sendiri yang mahu dirinya disebat secara syarie.

Menurutnya, PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir perintah ini tidak mempunyai kesahihan di sisi undang-undang kerana Ketua Agama negeri seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi hukuman syariah. - Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.