Umno-BN Guna Duit Judi Bina Rumah Ibadat

Oleh Fazli Othman

BUKIT SENTOSA 10 Apr - Ketua Pemuda DAP Anthony Loke mendakwa Umno-Barisan Nasional sebenarnya yang tidak mahu membantu orang Melayu dan orang Islam serta bersengkokol dengan komunis.

"Mereka kata DAP bekerjasama dengan komunis tetapi sebenarnya yang bekerjasama dengan komunis ialah Umno sebab beberapa bulan sebelum ini apabila ketua komunis daripada China, Hu Jintao, datang ke Malaysia, beliau diberikan penghormatan yang paling tinggi di bangunan Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib yang bersalam dengan dia, bukankah Najib yang bekerjasama dengan komunis juga.

"Kenapa hendak label DAP sebagai komunis sedangkan Umno yang bekerjasama dengan Parti Komunis terbesar di dunia daripada negara China, komunis di Malaysia sudah letakkan senjata 20 tahun lepas dan sudah menandatangani satu perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan sudah mengiktiraf Parti Komunistapak pasar malam di Bukit Sentosa Selasa lepas.

Tambah Loke, Umno sebenarnya cuba melaga-lagakan pakatan antara DAP, PAS dan KEADILAN supaya tidak boleh duduk bersama tetapi DAP komited kepada kerjasama Pakatan Rakyat untuk menghancurkan Barisan Nasional.

"Umno tuduh macam-macam kononnya di Pulau Pinang, orang Melayu dipinggirkan, dia tuduh orang Islam kononnya tidak ada tempat di dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DAP dengan mengatakan DAP anti Islam,

"Pada tahun 2008 kita menang, kita naikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam daripada RM12 Juta kepada RM24 juta pada tahun 2009 dan tahun ini kita naikkan lagi kepada RM25 juta.

"Kita beri kenaikan gaji kepada guru KAFA, kita beri peruntukan kepada sekolah agama dan kita beri peruntukan untuk membina makmal sains di sebuah sekolah agama persendirian di Permatang Pauh dan Umno yang sudah memerintah 50 tahun pun tidak pernah buat.

"Di Pulau Pinang kita melaksanakan program membasmi kemiskinan tegar, kalau setiap keluarga mendapat pendapatan kurang RM500, kerajaan negeri 'topup' dan katakan kalau dapat RM300, kerajaan negeri akan tambah lagi RM200 supaya setiap keluarga mendapat RM500 untuk hidup supaya membasmi kemiskinan tegar dan 90 peratus yang mendapat bantuan adalah orang Melayu, adakah ini anti-Melayu.

"Kita buat program penghargaan warga emas, RM100 setiap warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tanpa mengira bangsa dan kalau Pak Lah nak pohon pun, kita boleh bagi," sindir Loke kepada mantan Perdana Menteri tersebut.

Loke juga mendedahkan tambahan peruntukan belanjawan tahun ini dan tahun lepas sebanyak RM10 bilion serta menggunakan cukai perjudian disebabkan tidak ada pengurusan yang berhemah oleh kerajaan Umno-BN yang menyebabkan kerajaan persekutuan menanggung defisit setiap tahun.

"Kerajaan persekutuan di bawah Najib lebih teruk pengurusannya kerana tidak cukup hasil, bajet defisit semakin melebar dan kerajaan menggunakan sumber perjudian untuk menanggung belanjawan tersebut, inilah parti kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

"Semasa disoal di dalam Parlimen tentang mengapa perjudian ditambah, orang Umno tidak berani menjawab soalan saya dan tahun lepas apabila saya bertanya mengenai pendapatan daripada hasil nombor ekor sahaja, kementerian berkenaan berkata kerajaan mengaut keuntungan sebanyak RM1.2 bilion daripada kedai-kedai nombor empat ekor.

"Tahun ini dan tahun lepas tambah lagi pertaruhan, kerajaan membenarkan pula syarikat-syarikat perjudian ini melaksanakan 'special draw' iaitu hari cabutan khas yang menambah lagi hari perjudian daripada tiga kali kepada empat kali seminggu dan inilah cara kerajaan Umno untuk menambah hasil kerajaan persekutuan.

"Bila kita tanya di Parlimen, bukankah judi ini cukai haram dan cukai tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun hasil yang disatukan negara dan mestilah diasingkan supaya bukan Islam boleh guna dan orang Islam tidak boleh menggunakannya.

"Apabila ditanya bagaimana cukai ini digunakan, kerajaan berkata kegunaan cukai tersebut untuk pembangunan negara, kebajikan sosial, sukan dan rumah ibadat dan ini boleh mendatangkan was-was kepada orang Islam," kesal Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.